Wednesday, October 7, 2009

0 Matang ke?

Matang, mature. Tu ayat yang selalu orang cakap. "Matangla sket, bro!". Tak pun, "ko ni tak matured la". dah selalu sangat ayat ni berlegar dalam kotak fikiran aku. walaupun sebenarnya ayat-ayat di atas sama sekali tidak pernah ditujukan kepada aku.

Lama jugak aku fikirkan pasal kematangan ni. Masa kat matriks pun aku teringat, cikgu bio pernah tanya satu kuliah, "Antara laki dgn prempuan, sapa lagi matang?". Biasa arr bila tanya antara dua gender neh, yg laki kata laki la matang, yang pompuan kata pompuan la matang. sampai cikgu aku kuarkan satu kisah. xnak arr cerita kisah tu. macam membuka pekung matriks pulak. biar je berlalu.

Bila aku pikir-pikir balik, aku rasa kematangan tu tak membawa banyak kebaikan kepada diri aku. Bila aku muhasabah balik, semakin matang aku berfikir, semakin banyak aku membuat dosa dengan pemikiran aku. Seakan-akan bagi aku, kematangan menjerumuskan aku ke lembah kesilapan yang lebih banyak. Mungkin kerana kita berfikir kita sudah bagus.

Tapi aku akui, semakin hari memang betul, pengalaman mematangkan kita, tetapi kematangan tu macam melunas pembayaran, atau satu harga terhadap sebuah kematangan dalam hidup. Tu kata aku, bagi korg, korg fikirlah.

0 comments:

Post a Comment

 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates