Monday, October 19, 2009

0 Aah Sudah...

Jadi pilihan raya bakal berlaku... ada beberapa mulut dah mula sebut nama aku. Aku cuma dapat nyatakan mulut-mulut ni mulut yang bergerak sebelum otak bergerak. Sekali lagi bukan berniat nak kutuk sesapa tapi susah kan orang yang susah nak faham keadaan kita ni?
Aku rasa malu bagi pihak orang yang dapat 3 pointer yang hebat-hebat daripada aku. Sebab apa? Sebab korang hebat giler study, tekun... Jawab exam bergaya, result keluar melonjak. tapi bila bab nak jadi pemimpin untuk orang lain, mesti cari orang yang pointer rendah jadi ketua.
Hey, malu la sikit. Korang hebat giler dalam subjek, takkan bila sampai bab memimpin dah mengaku kalah kot? Pastu serah kat orang yang tak hebat jadi ketua kan? Soalan aku semula. Adakah orang yang bijak-bijak pandai ni hanya pandai belajar tapi tak pernah nak belajar untuk mengetahui keadaan sekeliling dan tak tahu langsung cara untuk empati?
Soalan lagi. Tak malukah orang yang bijak-bijak ni dipimpin orang yang lemah atau tak pernah fikir ke macam mana sesuatu organisasi apabila dipimpin oleh orang yang lemah? Pernah dengar kisah Sun Tzu? Kalau Sun Tzu tak jadi pemimpin tentera, dia serah kat orang yang lemah, boleh ke diorang menang dalam perang?
Aku belajar semua daripada pengalaman. Contoh masa aku form 5, kitorang, Badan Dakwah dan Kerohanian (BADAR) ada calon yang sangat hebat untuk jadi pengerusi BADAR untuk ganti pengerusi lama. Pelajar ni hebat bertarannum, bacaan molek. Kalau diikutkan, dialah yang paling sesuai jadi imam antara pelajar lain. Tapi kitorang tak pilih dia jadi ketua sebab dia tak perform dalam study. Kitorang beri pangkat tu kat BADAR yang dapat skor tinggi dalam exam sebab sebagai ketua dan pemimpin organisasi, kalau setakat ada pangkat, tapi skor rendah, apa yang dia cakap dan apa pandangan dia akan dipandang rendah oleh orang yang skor hebat dalam exam.
Mungkin tu andaian kitorang tapi hakikatnya kitorang dah tengok benda ni berlaku kat senior kitorang yang akhirnya letak jawatan dan menyerahkan jawatan pengerusi kepada pelajar yang juga skor tinggi dalam exam.
Pendek kata, fikir sebelum buat. Jangan malukan diri sendiri. Korang ada maruah tapi kat mana korang letak maruah korang tu? Kalau korang kira maruah korang, kira jugak maruah orang yang korang akan jatuhkan lebih rendah daripada orang lain.

0 comments:

Post a Comment

 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates