Wednesday, October 28, 2009

0 Tipu dan Jujur

Aku tribute post ni kat sorang member aku yang mengingatkan aku semula kepada perkataaan jujur. Mengingatkan aku jugak pada satu artikel yang pernah aku tulis masa aku masih lagi editor buletin bahasa sekolah aku. Artikel yang bertajuk nilai sebuah kejujuran. Aku tulis macam mana kejujuran tu dikhianati oleh rakan sendiri dengan satu istilah, “masih ada yang sanggup menghunus pisau dan menikam rakannya dari belakang ketika rakannya sedikit terleka”.
Tapi tu bukan point aku sebenarnya. Point aku kat sini, aku tak hadir ke ceramah fakulti. Hampehnye semua kitorang tak gi tapi ada beberapa tangan yang gatal tolong tandakan untuk dua orang budak kelas aku. Tahniah kerana berjaya “hadir” dalam selimut mimpi. Maaf bukan nak bertindak sinis tapi tindakan tu menyusahkan seramai 24 orang lagi yang tak hadir jugak.
Niat aku, tulis surat. Sebab memang dah dilampirkan kat fakulti. Jadi aku pun niat paling bestnya, apa kata aku cakap dalam surat tu, aku pening kepala? Pening kepala kalau mintak surat doktor tu gerenti masalah ar. Pastu aku gi bilik member aku, aku tanya nak tulis apa untuk sebab tu. Ayat dia satu je, jangan tipu. Tak baik tipu.
Pastu dia bukak satu ceramah daripada seorang kiyai daripada jawa. Ceramah dalam bahasa jawa tapi sebab member aku ni orang jawa jadi dia tolong translate untuk aku. Kata kiyai tu mudah je. Orang yang mula menipu secara tak sedar dia buat banyak sangat dosa. Mesti ramai tanya, camne banyak dosa padahal tipu satu je, contohnya pening kepala tadi kan.
Kiyai tu bagi contoh. Seorang murid ni datang lambat ke sekolah. Sampai kelas lambat, jadi cikgu dia tanya.
Cikgu: Kenapa lambat? Orang dah mula kelas lama ni.
Murid: Basikal saya rosak cikgu. (TIpu 1, Dosa 1)
Cikgu: Macam mana basikal kamu rosak?
Murid: Tayar tercabut cikgu. (Tipu 2, Dosa 2)
Cikgu: ooo, tayar mana yang tercabut?
Murid: Tayar belakang cikgu. (Tipu 3, Dosa 3)
Cikgu: (Tengok basikal) Eh, tadi kata tercabut, ni elok je pun.
Murid: Oh, tadi bengkel member saya dekat je, saya pergi repair kat sana, jadi sebab tu dah elok (berapa banyak tipu dalam ayat ni daa)
Nah, tu berapa banyak dosa dah dia buat tanpa dia sedar. Kalau makin banyak cikgu dia tanya, makin banyak dosa yang dia kena tanggung. Semudah mungkin, cakap jujur, bangun lambat cikgu. Bila sebut bangun lambat, dah selamat kat situ. Takde soalan lanjutan. Mungkin ada tapi sebab kita dah mula dengan jawapan jujur, mesti kita teruskan dengan jawapan jujur. Kan tak rugi pa pe.
Jadi aku terima kasih banyak-banyak kat member aku ni yang mengingatkan aku kepada perkara ni. Lebih menarik, untuk mengingatkan aku, dia sanggup translate yang bahasa jawa lagi. Alhamdulillah, aku decide untuk cakap yang jujur. Dan insyaAllah, kejujuran, Allah akan bantu selagi kita di jalan yang benar.

0 comments:

Post a Comment

 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates