Sunday, December 27, 2009

0 Angin Sejuk Kota London (Bahagian 3)

Hari Sabtu. Memang keja aku kat sini berjalan je la. Kaki sakit sebab asyik berjalan. Boleh dikatakan hampir setiap hari, abang aku dah rancang nak bawak pergi tempat-tempat menarik kat London. Dan hari sabtu, hari shopping. Hehe.

Aku patut tulis mana kitorang pergi rasanya. Sekarang dah lupa. Hehe. Ya ok. 29 November, kitorang berangkat menaiki train dari stesyen Marylebone (National Railway Station) menuju ke Bicester. Ok untuk gadis-gadis kaki shopping, aku cakap awal-awal, Bicester ni syurga untuk korang. Kat Bicester, ada satu tempat dipanggil Bicester Village. Bicester Village ni tempat barang-barang branded dijual dengan harga yang lebih rendah daripada tempat lain(memang barang original eh). Daripada stesyen train Bicester, korang boleh pilih untuk naik kenderaan spesifik yang disediakan untuk membawa korang ke Bicester Village.

Untuk naik kenderaan diorang, korang boleh beli tiket di stesyen permulaan Marylebone siap-siap atau korang boleh je beli kat stesyen Bicester tu cuma kalau tak nak bazir masa, beli la kat Marylebone. Ada dua kenderaan yang diorang sediakan, van dan bas. Masa kitorang sampai, bas baru je bergerak, jadi korang boleh anggarkan untuk beberapa trip seterusnya adalah menggunakan van. Terseksa juga sebenarnya nak naik kenderaan diorang sebab semua orang kurang toleransi (bukan orang sana ). Ya betul, bukan orang sana yang tak reti nak toleransi tu, diorang beratur elok tapi pelancong. Jujur aku cakap, paling kurang menghormati orang lain ialah orang arab. Bayangkan, kitorang beratur depan diorang, diorang datang satu keluarga terus berdiri depan kitorang. Jadi van yang datang masa tu berhenti kat kawasan orang paling depan berdiri.

Kalau nak naik bas, kita gila la ni punya tahan takut orang lain potong kita, naik dulu. Serius ni pengalaman aku kat matriks dulu, nak naik bas dari kuala pilah pergi negeri sembilan, tambah-tambah pada waktu cuti, memang rasa macam nak mati nak naik bas tu. Tersepit. Memang sedih dan sadis sikap rakyat kita sebab aku pernah tengok sorang pak cik tak pernah nak dapat naik bas tu sebab apabila sampai ja bas dari kuala pilah ke seremban, dia baru nak jalan sikit memang perlahan, orang tolak-tolak naik, dia jalan duduk balik. Ishh, memang sedih aku tengok masa tu.

Bagi aku memang hina arr sikap kita. Maaf aku cakap terlalu telus, tapi kalau korang tengok, korang mungkin akan berfikir benda yang sama dengan apa yang aku fikir. Memang hina sebab semua fikir diri sendiri. Sekurang-kurangnya, takde salah pun suruh pak cik tu naik dulu pastu korang nak bertumbuk, mati ke apa ke, buat la.

Ok, balik kepada Bicester Village. Kat sini ada, aku rasa dekat seratus outlet. Bermula awal korang masuk, korang boleh jumpa outlet Timbaland, French Connection, Ralph Lauren, DKNY dan banyak la lagi. Aku rasa, budak-budak perempuan kalau pergi memang gila la nak shopping. Jangan marah. Haha.

Tapi serius aku cakap, memang murah. Murah la berbanding tempat lain. Korang cek dengan harga kat malaysia, convert duit pun, korang tengok memang masih murah. Dia bukak sampai 7 malam tapi aku gerenti korang menyesal kalau pergi lambat sebab jalan sikit, dah nak tutup, tambah-tambah tempat ni memang ramai orang. Kat situ, aku rasa aku tak beli apa-apa sebab aku serabut tengok orang ramai-ramai. Tak reti nak memilih. Tapi mak aku dapat dua handbag, akak aku dapat satu kot.

Balik dari Bicester, kena beratur nak naik bas dia tapi aku bersyukur sebab masa nak balik ni ada orang jaga untuk naik bas, jadi takde masalah potong-potong line. Kena pulak masa tu hujan, kira ok la ada orang jaga, kalau tak memang berebut gila nak naik aku rasa. Sampai kat stesyen keretapi Bicester, terlambat nak keluar sebab beli benda besar-besar, jadi kitorang terlepas keretapi yang sedia ada. Terpaksa tunggu. Mula-mula sikit orang, pastu makin ramai. Pulak ada sorang orang arab duduk sebelah aku. Dia nampak train yang sebelah sana (menuju ke Oxford) sampai.

Pastu dia tanya, “Can’t we take that train?”. Bagi aku, ni peluang ni belajar bahasa inggeris, huhu. Tambah-tambah, dia pun tak lancar sangat bahasa inggeris dia (huhu mengata kat orang, macamla aku baguih sangat). Aku pun jawab, “That train is heading to the other side. Are you going to London?”. Dia angguk. “That train is heading to the other side (aku terlupa nak sebut Oxford). If you’re going to London, you need to take the train from here.” Dia angguk, aku tau dia pening aku cakap apa. Haha. Pastu dia tanya kawan dia, kawan dia terang dalam bahasa arab. Pastu baru dia paham kot. Haha.

Kat depan kitorang masa tu, empat orang Perancis dok bercakap French, sorang laki, tiga pompuan. Bapak laju giler diorang cakap tapi cakap perlahan pun, bajet aku paham, haha. Train sampai kitorang naik. Kebetulan dok dekat dengan bebudak French tadi. Astaga, yang laki tu, cakap dah laju, pastu tak reti-reti nak berhenti bercakap, daripada stesyen Bicester tu, sampai kat Marylebone balik, dia dok bercakap ja. Nak gelak pun ada bila pikir balik.

Malam tu hujan, jadi kitorang naik teksi untuk balik rumah abang aku, tambahan pula, masa tu masing-masing penat. Aku ikut abang aku keluar balik lepas tu nak beli makan. Kat depan rumah abang aku ada kedai runcit orang arab dan kedai jual ayam arab gak. Halal la. Ada tanda halal terbentang besar depan tu. Makan ayam je la malam tu. Bungkus bawak balik, makan kat umah.

Lepas makan, memang tak tahan, aku tido. Kat sana memang aku mengaku selalu sangat terlelap, kadang-kadang belum solat Isyak. Alhamdulillah, aku selalu tersedar awal sebab tido pun awal, jadi aku bangun solat Isyak malam-malam. Mana tak tersedar awalnya, tido bapak awal giler sebab malam cepat. Kadang-kadang pukul sembilan dah tido. Kadang-kadang pulak jalan kat sana, rasa dah lama malam, tengok jam baru pukul enam. Memang janggal sikit la tapi tu la menariknya.

0 Angin Sejuk Kota London (Bahagian 2)

Hari Jumaat tu, raya haji. Kali ini solat sunat hari raya diadakan di Malaysian Embassy London, tempat yang agak kecil, kata abang aku, jadi pagi tu kami tidak ke mana-mana melainkan masak dan bersedia untuk makan.

Ni kali pertama la aku rasa raya di perantauan. Suasana tu tak rasa sangat sebab keluarga aku ada. Mungkin nak rasa lebih, kena la belajar lebih pastu nanti sambung belajar kat sana. Hari sebelumnya kami dah masak ketupat dan kuah kacang jadi pagi ni cuma nak tambah sikit-sikit la.

Selesai makan pagi tu, kami keluar. Kali ni perjalanan kami membawa kami menaiki tube. Aku suka berjalan kat sini sebab tak macam malaysia, jaringan pengangkutan dia sangat meluas. Maknanya korang boleh tengok la memang ramai orang yang menggunakan tube dan bas. Tambah-tambah lagi bas dan tube diorang sangat menepati masa dan memang korang tunggu kejap je, mesti ada. Boleh dikatakan sentiasa ada. Lagi satu, tak macam Malaysia, kalau orang nak bawak masuk kenderaan dalam London, diorang kena bayar, sebab tu ramai yang guna pengangkutan awam. Tapi memang takde masalah bagi aku sebab pengangkutan dia banyak dan efisyen.

Abang aku beli Oyster Card. Kad ni kitorang guna untuk naik tube dan bas. Naik bas satu pound, naik tube 1.60 pound. Ok, sekarang jom belajar mengira. Haha. 1 pound britain bersamaan dengan 5.655 duit malaysia. Jadi korang kira la berapa harga dia. Senangnya kat London ni sistem untuk bas dan tube bawah satu syarikat yang sama. Jadi korang boleh guna Oyster Card tu untuk naik bas dan tube.

Jaringan tube dia macam aku kata sangat banyak. Kalau tak silap aku, ada 12 semuanya yang ada, antaranya, Bakerloo Line, Central Line, Jubilee Line, Piccadilly Line, Hammersmith and City Line dan banyak lagi. 12 jaringan tube dia termasuk DLR yang menjalankan operasi di atas tanah (huhu sebab yang lain semua bawah tanah). Hari tu kitorang naik tube dari stesyen tempat abang aku tinggal kat Edgware Road menuju ke Baker Street melalui Marylebone menggunakan jaringan Bakerloo. Kitorang turun kat Baker Street dan melawat muzium lilin ataupun dikenali dengan nama Madame Tussauds. Kat sini diorang buat selebriti-selebriti terkenal dengan menggunakan lilin.

Kalau tengok sebenarnya nampak macam hidup. Kalau masuk tu, korang nampak la kat situ ada Leonardo DeCaprio, Brad Pitt, Angelina Jolie dan banyak lagi. Tapi tu bahagian depan je. Pastu kitorang masuk dalam lagi. Kawasan filem. Kat sini korang boleh jumpa Shrek, Incredible Hulk, Spiderman, Terminator dan lain-lain. Lepas kawasan filem, kitorang masuk kat kawasan sukan, ada bintang macam Tiger Woods dan seterusnya bahagian keluarga diraja Britain. Kat sini, korang akan jumpa Queen Elizabeth dan suami, anak-anak dia dan mendiang Puteri Diana. Kitorang satu keluarga ambik gambar dengan Queen Elizabeth lilin. Haha.

Kawasan seterusnya ialah kawasan pentas. Kat sini menarik sikit. Ada mendiang Michael Jackson, The Beatles. Sebelah kanan tempat beli gambar yang kitorang ambik tu. Satu gambar 12 pound. Bahagian seterusnya bahagian pemimpin dunia. Kat sini ada Mahatma Gandhi, Benazir, Obama, Hitler dan ramai lagi. Dan itu mengakhiri muzium lilin. Bahagian seterusnya kat Madame Tussauds agak menarik. Nama tempat tu Scream!. Aku rasa dengar nama korang dah boleh agak tempat apa. Yep. Tempat seram. Haha. Sampai tempat tu, masa nak turun tangga, aku perasan ada orang duduk tepi tu dalam gelap. Mungkin sebab aku dah nampak dia, jadi dia tak buat bagi terkejut.

Masa kitorang dah sampai kat bawah, kitorang dengar orang jerit kat atas. Huhu. Pastu kitorang mula jalan nak masuk. Masuk tu ada sorang perempuan kena kejar dek hantu rekaan. Huhu. Lari laju gila perempuan tu sampai keluar daripada jalan tu. Pastu hantu tu nampak mak dengan akak aku, terus dia usik. Huhu,nak gelak pun ada, mak aku jerit. Huhu. Sebab mak aku dah terkejut camtu, tak jadi arr kitorang masuk. Mak aku suruh kitorang masuk pastu dia nak tunggu kat luar, tapi macam rugi arr camtu kan. Sebab dah takde apa kat situ, jadi kitorang chiow.

Keluar dari situ ada kawasan yang tunjuk orang yang mati kena seksa. Semua daripada lilin jugak. Nampak biasa arr. Nak ada perasaan sikit, masuk arr dalam Scream! tu. Haha. Mengakhiri perjalanan dalam Madame Tussauds ialah History Train.(aku la bagi nama, aku tak tau nama betul kereta api tu apa, tapi macam terowong zaman gak). Korang naik atas train pastu korang akan lalu sejarah England. Aku tak berapa dengar cerita dia sebab aku fokus tengok kat benda-benda yang bergerak kat sekeliling aku dan bunyi bising diorang.

Dan kitorang keluar. Singgah jap kat kedai cenderamata, pastu “terberkenan” kat kristal yang dia guna teknologi laser, dia masukkan muka korang dalam kristal tu. Satu famili kitorang amek gambar dan beli kristal tu. Lawa dan unik arr. Muka kita dalam tu nampak 3D. Lebih kurang arr.

Lepas pusing-pusing tu, abang aku ajak minum kopi. Kat sini kita tak boleh nak buat macam Malaysia, pergi semua kedai nak makan sebab tak semua tempat halal, jadi paling kurang pun minum kopi la nak hangatkan badan dan kalau lapar sangat, beli roti atau kek la.

Keluar je daripada situ, ambik ko, dah malam. Pastu kitorang jalan-jalan pergi shopping sikit-sikit. Kitorang berjalan pergi Piccadilly Circus. Piccadilly Circus macam mana nak cerita eh, erm dia macam kawasan iklan banyak-banyak. Haha. Kat kawasan Piccadilly Circus tu jugak terletaknya muzium terkenal, Ripleys : Believe It or Not! Tak masuk pun sebab abang aku cakap mahal nak masuk. 20 pound seorang. Hari tu kitorang makan malam kat Fatoush, sebuah restoran Lebanon. Masakan dia... ermm daging kambing dia sedap. Ok la bagi aku.

Dan kenyang. Balik malam tu lepas solat, memang syahid arr sorang-sorang. Penat dia jangan cakap.

0 Angin Sejuk Kota London (Bahagian 1)

Aku rasa 25 November lepas memang satu hari, satu saat, satu detik yang sangat aku nantikan. Tarikh tersebut menjejakkan kaki aku ke Terminal LCC KLIA untuk menaiki kapal terbang. Kali ini, aku aku berlepas melalui pintu perlepasan antarabangsa. Ya, antarabangsa! Bukan dalam negeri yang sering aku lalui.

Perjalanan yang aku tempuh kali ini bukan mengambil masa dua jam setengah seperti beberapa tahun lepas aku berangkat ke Sabah. Kali ini perjalanan aku mengambil masa selama 14 jam perjalanan. Dengar sahaja 14 jam, ya, macam-macam yang timbul. Aku nak buat apa sampai 14 jam dalam kapal terbang? Tidur je kot. Dah dapat bayang aku kena duduk dalam tu sampai 14 jam, aku bawak novel Salju Sakinah dan Trilogi Makrifat Cinta.

Masuk je dalam kapal terbang, mak dan kakak aku duduk bahagian tengah, aku terpisah duduk kat tepi tingkap. Datang-datang, orang sebelah akau mat salleh pompuan, lawa arr gak, duduk sebelah aku. 14 jam duduk sebelah dia, aku pun malas nak sembang, buat bodo je la. Dia pun bukak novel dia baca. Aku bukak Salju Sakinah baca. Rasa pening, tido. Rasa ok balik, baca.

Lama tunggu, akhirnya, “Ladies and gentlemen, our flight we’ll be landing shortly. Please return to your seat and fastened your seat belt. Make sure that your window covers is fully open.” Fuh, lama giler dalam tu, akhirnya sampai juga ke destinasi dan, “Ladies and gentlemen, we’ve just landed at Stansted International Airport, London. Please remain at your seat till the fastened your seat belt sign is switched off...”.

London. Ya, itu destinasi aku. 10 hari aku ambil masa untuk tinggal kat sana. Sampai ja lepas ambik semua beg, abang aku dah tunggu kat pintu keluar. Mungkin ramai yang tak tahu, abang aku belajar kat sana. Jadi, aku anggap, cuti aku kat London untuk melawat dia. Mula-mula sekali lepas keluar daripada kastam tu, kitorang gi minum kopi. Adat kat sini, kawasan dia sejuk, jadi kedai kopi dia memang banyak dan untuk panaskan badan, selalunya memang ramai arr yang pegi minum kopi. Masa tu memang aku tak teringin pun nak tengok bil minum kopi, jadi aku biar je la.

Dalam lapangan terbang, memang rasa, ooo, macam ni London, takde la sejuk pun. Keluar je pintu, angin sejuk mula bertiup. Masa tu baru rasa. Masa tu jugak la baru nak bawa keluar kot nak pakai. Stansted Airport jauh sikit dari kota London, jadi nak ke sana, kitorang naik bas. Sampai kat London masa tu lebih kurang pukul 11. Kitorang naik bas dalam pukul 11.45 malam. Dalam sejam lebih perjalanan, kitorang mula masuk dalam kota London.

Dalam perjalanan dalam bas tu, memang rasa suasana berbeza. Mungkin sebab dia ada lebuh raya besar, tapi takde tol. Pastu, walaupun malam, tapi aku nampak, tepi lebuh raya dia ada grazing land atau padang ragut. Rasanya kot. Sebab dia tutup pakai pagar putih kecik. Dalam bas tu jugak, aku dengar British accent punya bahasa inggeris. Memang serius aku tak paham apa-apa yang dia cakap. Pekat gila. Masa tu sedar arr langit tu tinggi ke rendah, sedar jugak arr bahasa inggeris yang selalu dapat markah tinggi (eceh nak bagitau jugak yang ni) tu macam sebenarnya tahap yang sangat rendah. Sepanjang perjalanan kat lebuh raya dia, takde suasana berbeza sebenarnya. Kalau tengok nampak macam lebuh raya yang ada kat malaysia jugak. Cuma kereta tak banyak.

Masuk London baru nampak suasana terang. Memang lawa la. Paling aku minat, bangunan dia. Berbeza. Kitorang turun kat jalan apa, aku dah tak ingat. Yang aku ingat, kitorang ambik teksi malam tu, driver aku mat salleh. Haha. Sampai kat rumah abang aku, memang dah tengah malam, dekat pukul 2 dah. Penat, jangan cakap. Teramat sangat. Pengsan arr lepas tu, sebab dah mengantuk sangat.

Esoknya, lepas mak aku masak-masak untuk raya haji hari jumaat, kitorang keluar jalan-jalan kat sekitar Edgware Road. Naik bas dan masuk beberapa kedai kat situ, saja tengok-tengok, nak melawat. Sampai pukul 4 petang, dah malam rupanya. Pengalaman belajar geografi mengingatkan aku, masa musim sejuk kat kawasan ekuinoks, malam memang panjang. Korang boleh bayangkan zohor pukul 11.50 pagi, asar 1.40 petang, maghrib pukul 3.50 petang, isyak pukul 5.55 petang. Masa antara maghrib dan isyak panjang sebab malam dia panjang. Subuh macam biasa pukul 6 pagi tapi habis subuh pukul 7.40 pagi camtu. Panjang kan? Macam best gak tapi jangan arr lengah-lengahkan Cuma masalahnya zohor dan asar yang cepat dan pendek.

Berjalan malam tu memang macam-macam ragam jugak tengok. Kali pertama gak kena tegur dek mat salleh, terhalang laluan dia, hehe dia cakap, “excuse me”. Diorang ni kalau tengok, diorang jalan memang laju, tu yang aku suka tengok. Takde macam kat negara kita, berjalan lenggang kangkung, sana kalau ko lenggang kangkung, diorang datang bagi patah la tulang kangkung ko tu.

Malam tu kitorang tak beli apa-apa, cuma jalan-jalan dan naik bas tengok keadaan sekitar. Suasana krismas dah dapat dilihat kat situ dengan lampu dan cerah pesta kat kawasan taman, macam fun fair. Huhu.

Berjalan pada hari khamis memang sibuk. Beza dengan malaysia, abang aku cakap, khamis ni hari shopping. Pusat membeli belah dia bukak sampai pukul 7 malam. Haha korang mesti terseksa dengar kan? Kalau kat sini, masa tu la korang baru nak keluar kan? Kat sini, membeli belah keluar awal, sebab seawal 7 malam pusat membeli belah dah nak tutup. Kalau hari selain hari khamis, pukul 5 selalunya kedai dah tutup tapi ni tak termasuk kedai-kedai runcit sekitar. Cuma untuk kedai-kedai yang besar.

Dan ini mengakhiri perjalanan pada hari khamis...

Tuesday, December 22, 2009

0 Storm Warriors : Filem China yang kehilangan Jiwa???

Aku sebenarnya bercadang nak keluarkan tulisan aku yang lagi satu tapi sebab yang tu akan mengambil masa yang lama, jadi aku rasa baik aku tulis yang ni dulu. Jadi untuk korang yang dah tau apa isi blog aku sepatutnya tulis, korang kena bersabar la dulu eh.

Semalam aku pegi tengok filem Storm Warriors kat wayang kat umah aku ni. Nak dikatakan teruja nak tengok, aku sebenarnya baru lepas balik dari kampung aku. Sampai je kat sini, aku terus singgah beli tiket. Sebab mak aku tak nak tengok, aku hantar mak aku balik pastu terus pegi tempat tu balik. Nasib baik dekat dengan umah aku. Aku tengok dengan abang dan kakak aku arr kiranya. Aku tak penah tengok wayang sensorang. Dah sebab aku takde makwe, jadi tengok dengan famili aku la. Huhu.

Storm Warriors ni kalau korang ingat adalah sambungan bagi filem Storm Riders yang pernah keluar satu ketika dahulu. Aku pun tak ingat tahun berapa tapi memang lama dah sebab masa tu aku sekolah rendah lagi. Dulu pagi-pagi aku bangun pukul lapan, mesti aku bukak cd cerita tu tengok. Fuh, punya minat!

Lepas hampir 10 tahun aku agak, Storm Warriors muncul dengan mengekalkan pelakon yang sama untuk watak utama Penjejak Awan dan Penjejak Badai iaitu Aaron Kwok dan Ekin Cheng. Aku harus berlaku adil dengan pandangan aku dan aku rasa kedua-dua diorang ni masih lagi layak memegang watak tersebut walaupun kalau dilihat dengan betul, Ekin Cheng kelihatan agak berusia. Aaron Kwok masih maintain, entah rasanya kot. Tak nampak ada kedutan jelas sangat kat muka dia.

Lagi tambahan, yang buatkan aku lagi minat cerita ni sebab abang-abang aku mengumpul komik-komik Pedang Setiawan. Hah, Pedang Setiawan ni ditulis oleh Ma Wing Shing, menjadi bahan bacaan aku masa kecik-kecik dulu bersama Dewata Raya dan filem ini diadaptasi daripada komik tersebut. Jadi sebab aku dah pernah baca komik ni, nama-nama yang muncul dalam filem seperti Tanpa Nama, Penjejak Awan, Penjejak Badai, Chu Chu, Di Er Meng, Raja Danawa, Raja Iblis Besar, Ateis Jati dan Ateis Kuntum bukanlah satu nama baru. Mudah saja rasanya untuk menangkap jalan ceritanya jika sudah membaca komik tersebut.

Jalan ceritanya sebenarnya sudah diubah sedikit kerana jika diikut dalam komik, serangan Ateis Jati hampir serentak dengan Maharaja Jepun (diubah dalam filem). Jadi mungkin untuk menjimatkan masa, Maharaja Jepun tidak dimasukkan dan keseluruhan cerita difokuskan untuk menentang Ateis Jati. Jika ada yang sudah menonton, Pencarian tulang naga di makam naga merupakan angkara Maharaja Jepun sebenarnya dan bukan Ateis Jati.

Aku tidak kisah pun dengan perubahan cerita sebab masih boleh difahami tapi ada beberapa perkara yang membuatkan filem yang aku tonton tu membuatkan aku berasa terlalu biasa dan bukannya teruja.

Yang pertama sekali, pembunuhan dan serangan Ateis Jati terhadap pahlawan-pahlawan di China dibuat seperti dalam keadaaan komik dan bukannya dalm keadaan realistik. Jika ada di antara anda yang menonton Storm Riders, anda pasti ingat serangan yang dilakukan terhadap perkampungan Penjejak Awan. Ianya dilakukan secara realistik di sebuah perkampungan di sekitar China.

Selain itu, teknik CGI yang agak melampau dilihat di beberapa bahagian. Paling merosakkan cerita apabila perjalanan Ateis Jati dan orang-orangnya menuju ke makam naga nampak dengan jelas dilakukan di hadapan tabir hijau. Segala-gala di sekelilingnya nampak “mati” dan tidak bernyawa. Ini membuatkan mood aku terhadap filem tersebut berkurangan. Jika dahulu menonton Storm Riders, kita dapat melihat serba-serbi dilakukan dengan baik, kini hampir segalanya di hadapan tabir hijau. Aku percaya sangat Negara China banyak tempat-tempat menarik yang sesuai dengan cerita yang ditulis Ma Wing Shing kerana Ma Wing Shing tahu benar dengan negaranya sendiri jadi mengapa tidak dilakukan di tempat tersebut.

Selain itu, pertarungan epik antara Penjejak Awan dan Penjejak Badai tidaklah seepik yang pernah aku baca. Pertarungan yang berlanjutan sehingga beberapa episod di dalam komik, yang penuh dengan emosi dan perasaan, hilang dalam mood yang agak sederhana. Mungkin perubahan dalam filem, iaitu Chu Chu mati dibunuh Penjejak Badai sesuatu yang agak melampau untuk diterima oleh pembaca komik kerana Chu Chu tidak mati dan Di Er Meng sebenarnya cedera parah. Penjejak Awan mula menyerang Penjejak Badai dengan bersungguh-sungguh selepas Di Er Meng diserang kerana menyedari Penjejak Badai sudah hilang kawalan kerana menyerang orang yang dia cintai. Malangnya perubahan ini seperti mahu mengakhiri cerita Pedang Setiawan yang masih panjang. Maaf tapi aku tak dapat terima penutup cerita yang tidak berkesan terutamanya Storm Warriors dilihat lebih teruk daripada Storm Riders.

Selain itu, bermula daripada awal filem lagi, Storm Warriors kelihatan satu generasi atau evolusi baru filem kepahlawanan China. Mungkin bagi orang lain, ia adalah satu perubahan yang baik, tapi bagi aku, aku melihat perubahan ini merupakan satu kemerosotan dalam industri filem kepahlawanan China. Percaya atau tidak aku kata, filem Storm Warriors kelihatan seperti filem Harry Potter dan beberapa filem barat lain melalui teknik kuasanya. Mengapa China? Mengapa barat? Ini adalah aspek yang paling tidak aku gemari. Cerita-cerita kung fu China ada jiwanya tersendiri dan jiwa itu hilang dalam filem Storm Warriors. Serangan Penjejak Awan dalam makam naga terhadap Ateis Jati kelihatan seperti dalam filem Harry Potter dengan kepulan-kepulan awan hitam. Tangan Ateis Jati menyala seperti api dan sebagainya merupakan satu jiwa barat yang kini merasuk filem kung fu China. Sekali lagi, minta maaf aku cakap, kalau ada cerita yang mahu aku kekalkan keadaannya, ianya adalah filem kung fu China. Aku peminat utamanya dan aku mahu ia seperti satu ketika dahulu. Jika ada yang tertanya-tanya bagaimana cerita kung fu China yang ingin aku kekalkan, aku boleh katakan seperti Storm Riders, Legend of Condor Lovers, Supreme Master(ni tahun 2001 pukul 6.00 petang tv3 dulu) dan banyak lagi satu ketika dahulu. Efek kung fu China sedemikian sudah memadai dan mengekalkan identiti dan jiwa Chinanya. Kini kelihatan seperti barat, mengurangkan mood aku untuk menonton cerita tersebut.

Secara keseluruhan aku hanya mampu memberi dua daripada lima untuk filem Storm Warriors. Walaupun aku meminati komiknya, tapi jelas komik memberi beza yang amat ketara berbanding filem terutama sekali apabila segala efeknya diubah menjadi barat dan mungkin, Pang Brothers perlu mula mencari lokasi penggambaran daripada hanya berjalan di hadapan tabir hijau. China terlalu kaya dengan keindahannya terutamanya masih terdapat sungai yang mengalir indah tidak tercemar. Janganlah sia-siakan keindahan tersebut.

Pun begitu, sekurang-kurangnya China mempunyai idea untuk membuat filem walaupun hanya daripada sebuah komik berbanding Malaysia yang hanya bergantung kepada otak pengarah-pengarah yang semakin berkarat dan hanya mencari untung dengan membuat cerita-cerita lawak bodoh. Bukak mata dan sedarlah sikit Malaysia, sedarlah sikit pengarahnya, berjuanglah secara kompetitif bukan dengan lawak bodoh. Agaknya orang Malaysia memandang segala-galany bagai satu lawak dan gurauan. Jika penjajah datang nak bunuh pun, satu gurauan, lepas tu, satu Malaysia mati katak.

P/s : Terbaru, Indonesia menerbitkan filem Merantau Warrior dengan mengetengahkan seni silat dalam filem tersebut. Alangkah lembabnya Malaysia. Negera seberang dah mula dulu mencorak langkah untuk membuat filem persilatan nusantara.

Tuesday, November 10, 2009

0 Korang Penat kan...



Apa yang korang nampak? Tiga orang pompuan, dan pompuan belakang tu?

Sila tengok betul-betul...

0 Computer Fights Back!!!


Gagagagagaga korang ingat korang power? haha

Monday, November 9, 2009

0 Open up your mind!

Dalam aku dok letak gambar-gambar untuk mengisi ruang blog aku, nampaknya ada jugak yang mula bersuara sumbang. sekali lagi, siapa makan cili dia terasa pedasnya. aku bukan nak kata apa, aku letak apa-apa dalam blog ni adalah bahan sedia ada bukannya aku yang buat menda alah tu. aku rasa orang malaysia sangat terkenal dengan keghairahan diorang dengan mende pelik dan mengagumkan. jadi, aku letak gambar-gambar neh semua yang pelik dan mengagumkan. dalam pada tu, ada juga rupanya yang bersuara sumbang.

tapi cuma nak ingatkan korang supaya berfikiran positif dalam semua benda yang korang buat. contohnya tengok ... maleh nak sebut (nnti keluar suara sumbang lagi). bukannya suka-suka semata tapi boleh jadi satu ilmu untuk kita. biar ada pendedahan sikit (yang terlebih tu, tanggung sendiri). bukan aku menggalakkan tapi ilmu tu perlu ada (kata member aku budak sek agama dulu). jadi bila bukak blog aku, aku mintak, PALING MOHON, berfikiran positif sepanjang masa. Lainlah kalau aku letak memang terang-terang menda tak senonoh. Kalau ada macam tu, aku sedia terima tohmahan dan cemuhan masyarakat.

Sekian...

p.s : ni salah, tu salah. abeh korang nak apa?
 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates