Sunday, December 27, 2009

0 Angin Sejuk Kota London (Bahagian 3)

Hari Sabtu. Memang keja aku kat sini berjalan je la. Kaki sakit sebab asyik berjalan. Boleh dikatakan hampir setiap hari, abang aku dah rancang nak bawak pergi tempat-tempat menarik kat London. Dan hari sabtu, hari shopping. Hehe.

Aku patut tulis mana kitorang pergi rasanya. Sekarang dah lupa. Hehe. Ya ok. 29 November, kitorang berangkat menaiki train dari stesyen Marylebone (National Railway Station) menuju ke Bicester. Ok untuk gadis-gadis kaki shopping, aku cakap awal-awal, Bicester ni syurga untuk korang. Kat Bicester, ada satu tempat dipanggil Bicester Village. Bicester Village ni tempat barang-barang branded dijual dengan harga yang lebih rendah daripada tempat lain(memang barang original eh). Daripada stesyen train Bicester, korang boleh pilih untuk naik kenderaan spesifik yang disediakan untuk membawa korang ke Bicester Village.

Untuk naik kenderaan diorang, korang boleh beli tiket di stesyen permulaan Marylebone siap-siap atau korang boleh je beli kat stesyen Bicester tu cuma kalau tak nak bazir masa, beli la kat Marylebone. Ada dua kenderaan yang diorang sediakan, van dan bas. Masa kitorang sampai, bas baru je bergerak, jadi korang boleh anggarkan untuk beberapa trip seterusnya adalah menggunakan van. Terseksa juga sebenarnya nak naik kenderaan diorang sebab semua orang kurang toleransi (bukan orang sana ). Ya betul, bukan orang sana yang tak reti nak toleransi tu, diorang beratur elok tapi pelancong. Jujur aku cakap, paling kurang menghormati orang lain ialah orang arab. Bayangkan, kitorang beratur depan diorang, diorang datang satu keluarga terus berdiri depan kitorang. Jadi van yang datang masa tu berhenti kat kawasan orang paling depan berdiri.

Kalau nak naik bas, kita gila la ni punya tahan takut orang lain potong kita, naik dulu. Serius ni pengalaman aku kat matriks dulu, nak naik bas dari kuala pilah pergi negeri sembilan, tambah-tambah pada waktu cuti, memang rasa macam nak mati nak naik bas tu. Tersepit. Memang sedih dan sadis sikap rakyat kita sebab aku pernah tengok sorang pak cik tak pernah nak dapat naik bas tu sebab apabila sampai ja bas dari kuala pilah ke seremban, dia baru nak jalan sikit memang perlahan, orang tolak-tolak naik, dia jalan duduk balik. Ishh, memang sedih aku tengok masa tu.

Bagi aku memang hina arr sikap kita. Maaf aku cakap terlalu telus, tapi kalau korang tengok, korang mungkin akan berfikir benda yang sama dengan apa yang aku fikir. Memang hina sebab semua fikir diri sendiri. Sekurang-kurangnya, takde salah pun suruh pak cik tu naik dulu pastu korang nak bertumbuk, mati ke apa ke, buat la.

Ok, balik kepada Bicester Village. Kat sini ada, aku rasa dekat seratus outlet. Bermula awal korang masuk, korang boleh jumpa outlet Timbaland, French Connection, Ralph Lauren, DKNY dan banyak la lagi. Aku rasa, budak-budak perempuan kalau pergi memang gila la nak shopping. Jangan marah. Haha.

Tapi serius aku cakap, memang murah. Murah la berbanding tempat lain. Korang cek dengan harga kat malaysia, convert duit pun, korang tengok memang masih murah. Dia bukak sampai 7 malam tapi aku gerenti korang menyesal kalau pergi lambat sebab jalan sikit, dah nak tutup, tambah-tambah tempat ni memang ramai orang. Kat situ, aku rasa aku tak beli apa-apa sebab aku serabut tengok orang ramai-ramai. Tak reti nak memilih. Tapi mak aku dapat dua handbag, akak aku dapat satu kot.

Balik dari Bicester, kena beratur nak naik bas dia tapi aku bersyukur sebab masa nak balik ni ada orang jaga untuk naik bas, jadi takde masalah potong-potong line. Kena pulak masa tu hujan, kira ok la ada orang jaga, kalau tak memang berebut gila nak naik aku rasa. Sampai kat stesyen keretapi Bicester, terlambat nak keluar sebab beli benda besar-besar, jadi kitorang terlepas keretapi yang sedia ada. Terpaksa tunggu. Mula-mula sikit orang, pastu makin ramai. Pulak ada sorang orang arab duduk sebelah aku. Dia nampak train yang sebelah sana (menuju ke Oxford) sampai.

Pastu dia tanya, “Can’t we take that train?”. Bagi aku, ni peluang ni belajar bahasa inggeris, huhu. Tambah-tambah, dia pun tak lancar sangat bahasa inggeris dia (huhu mengata kat orang, macamla aku baguih sangat). Aku pun jawab, “That train is heading to the other side. Are you going to London?”. Dia angguk. “That train is heading to the other side (aku terlupa nak sebut Oxford). If you’re going to London, you need to take the train from here.” Dia angguk, aku tau dia pening aku cakap apa. Haha. Pastu dia tanya kawan dia, kawan dia terang dalam bahasa arab. Pastu baru dia paham kot. Haha.

Kat depan kitorang masa tu, empat orang Perancis dok bercakap French, sorang laki, tiga pompuan. Bapak laju giler diorang cakap tapi cakap perlahan pun, bajet aku paham, haha. Train sampai kitorang naik. Kebetulan dok dekat dengan bebudak French tadi. Astaga, yang laki tu, cakap dah laju, pastu tak reti-reti nak berhenti bercakap, daripada stesyen Bicester tu, sampai kat Marylebone balik, dia dok bercakap ja. Nak gelak pun ada bila pikir balik.

Malam tu hujan, jadi kitorang naik teksi untuk balik rumah abang aku, tambahan pula, masa tu masing-masing penat. Aku ikut abang aku keluar balik lepas tu nak beli makan. Kat depan rumah abang aku ada kedai runcit orang arab dan kedai jual ayam arab gak. Halal la. Ada tanda halal terbentang besar depan tu. Makan ayam je la malam tu. Bungkus bawak balik, makan kat umah.

Lepas makan, memang tak tahan, aku tido. Kat sana memang aku mengaku selalu sangat terlelap, kadang-kadang belum solat Isyak. Alhamdulillah, aku selalu tersedar awal sebab tido pun awal, jadi aku bangun solat Isyak malam-malam. Mana tak tersedar awalnya, tido bapak awal giler sebab malam cepat. Kadang-kadang pukul sembilan dah tido. Kadang-kadang pulak jalan kat sana, rasa dah lama malam, tengok jam baru pukul enam. Memang janggal sikit la tapi tu la menariknya.

0 comments:

Post a Comment

 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates