Aku rasa 25 November lepas memang satu hari, satu saat, satu detik yang sangat aku nantikan. Tarikh tersebut menjejakkan kaki aku ke Terminal LCC KLIA untuk menaiki kapal terbang. Kali ini, aku aku berlepas melalui pintu perlepasan antarabangsa. Ya, antarabangsa! Bukan dalam negeri yang sering aku lalui.
Perjalanan yang aku tempuh kali ini bukan mengambil masa dua jam setengah seperti beberapa tahun lepas aku berangkat ke Sabah. Kali ini perjalanan aku mengambil masa selama 14 jam perjalanan. Dengar sahaja 14 jam, ya, macam-macam yang timbul. Aku nak buat apa sampai 14 jam dalam kapal terbang? Tidur je kot. Dah dapat bayang aku kena duduk dalam tu sampai 14 jam, aku bawak novel Salju Sakinah dan Trilogi Makrifat Cinta.
Masuk je dalam kapal terbang, mak dan kakak aku duduk bahagian tengah, aku terpisah duduk kat tepi tingkap. Datang-datang, orang sebelah akau mat salleh pompuan, lawa arr gak, duduk sebelah aku. 14 jam duduk sebelah dia, aku pun malas nak sembang, buat bodo je la. Dia pun bukak novel dia baca. Aku bukak Salju Sakinah baca. Rasa pening, tido. Rasa ok balik, baca.
Lama tunggu, akhirnya, “Ladies and gentlemen, our flight we’ll be landing shortly. Please return to your seat and fastened your seat belt. Make sure that your window covers is fully open.” Fuh, lama giler dalam tu, akhirnya sampai juga ke destinasi dan, “Ladies and gentlemen, we’ve just landed at Stansted International Airport, London. Please remain at your seat till the fastened your seat belt sign is switched off...”.
London. Ya, itu destinasi aku. 10 hari aku ambil masa untuk tinggal kat sana. Sampai ja lepas ambik semua beg, abang aku dah tunggu kat pintu keluar. Mungkin ramai yang tak tahu, abang aku belajar kat sana. Jadi, aku anggap, cuti aku kat London untuk melawat dia. Mula-mula sekali lepas keluar daripada kastam tu, kitorang gi minum kopi. Adat kat sini, kawasan dia sejuk, jadi kedai kopi dia memang banyak dan untuk panaskan badan, selalunya memang ramai arr yang pegi minum kopi. Masa tu memang aku tak teringin pun nak tengok bil minum kopi, jadi aku biar je la.
Dalam lapangan terbang, memang rasa, ooo, macam ni London, takde la sejuk pun. Keluar je pintu, angin sejuk mula bertiup. Masa tu baru rasa. Masa tu jugak la baru nak bawa keluar kot nak pakai. Stansted Airport jauh sikit dari kota London, jadi nak ke sana, kitorang naik bas. Sampai kat London masa tu lebih kurang pukul 11. Kitorang naik bas dalam pukul 11.45 malam. Dalam sejam lebih perjalanan, kitorang mula masuk dalam kota London.
Dalam perjalanan dalam bas tu, memang rasa suasana berbeza. Mungkin sebab dia ada lebuh raya besar, tapi takde tol. Pastu, walaupun malam, tapi aku nampak, tepi lebuh raya dia ada grazing land atau padang ragut. Rasanya kot. Sebab dia tutup pakai pagar putih kecik. Dalam bas tu jugak, aku dengar British accent punya bahasa inggeris. Memang serius aku tak paham apa-apa yang dia cakap. Pekat gila. Masa tu sedar arr langit tu tinggi ke rendah, sedar jugak arr bahasa inggeris yang selalu dapat markah tinggi (eceh nak bagitau jugak yang ni) tu macam sebenarnya tahap yang sangat rendah. Sepanjang perjalanan kat lebuh raya dia, takde suasana berbeza sebenarnya. Kalau tengok nampak macam lebuh raya yang ada kat malaysia jugak. Cuma kereta tak banyak.
Masuk London baru nampak suasana terang. Memang lawa la. Paling aku minat, bangunan dia. Berbeza. Kitorang turun kat jalan apa, aku dah tak ingat. Yang aku ingat, kitorang ambik teksi malam tu, driver aku mat salleh. Haha. Sampai kat rumah abang aku, memang dah tengah malam, dekat pukul 2 dah. Penat, jangan cakap. Teramat sangat. Pengsan arr lepas tu, sebab dah mengantuk sangat.
Esoknya, lepas mak aku masak-masak untuk raya haji hari jumaat, kitorang keluar jalan-jalan kat sekitar Edgware Road. Naik bas dan masuk beberapa kedai kat situ, saja tengok-tengok, nak melawat. Sampai pukul 4 petang, dah malam rupanya. Pengalaman belajar geografi mengingatkan aku, masa musim sejuk kat kawasan ekuinoks, malam memang panjang. Korang boleh bayangkan zohor pukul 11.50 pagi, asar 1.40 petang, maghrib pukul 3.50 petang, isyak pukul 5.55 petang. Masa antara maghrib dan isyak panjang sebab malam dia panjang. Subuh macam biasa pukul 6 pagi tapi habis subuh pukul 7.40 pagi camtu. Panjang kan? Macam best gak tapi jangan arr lengah-lengahkan Cuma masalahnya zohor dan asar yang cepat dan pendek.
Berjalan malam tu memang macam-macam ragam jugak tengok. Kali pertama gak kena tegur dek mat salleh, terhalang laluan dia, hehe dia cakap, “excuse me”. Diorang ni kalau tengok, diorang jalan memang laju, tu yang aku suka tengok. Takde macam kat negara kita, berjalan lenggang kangkung, sana kalau ko lenggang kangkung, diorang datang bagi patah la tulang kangkung ko tu.
Malam tu kitorang tak beli apa-apa, cuma jalan-jalan dan naik bas tengok keadaan sekitar. Suasana krismas dah dapat dilihat kat situ dengan lampu dan cerah pesta kat kawasan taman, macam fun fair. Huhu.
Berjalan pada hari khamis memang sibuk. Beza dengan malaysia, abang aku cakap, khamis ni hari shopping. Pusat membeli belah dia bukak sampai pukul 7 malam. Haha korang mesti terseksa dengar kan? Kalau kat sini, masa tu la korang baru nak keluar kan? Kat sini, membeli belah keluar awal, sebab seawal 7 malam pusat membeli belah dah nak tutup. Kalau hari selain hari khamis, pukul 5 selalunya kedai dah tutup tapi ni tak termasuk kedai-kedai runcit sekitar. Cuma untuk kedai-kedai yang besar.
Dan ini mengakhiri perjalanan pada hari khamis...
0 comments:
Post a Comment