Saturday, June 2, 2012

0 Update from sweet home

Alhamdulillah, selamat tiba di rumah tepat jam 9 pagi hari ni. Penat giler sebab smlm aku tak tidow sgt pn dlm bas. Tmbah2 dok depan sekali. silap aku jugak pilih tempat duduk. Dan perjalanan yang singkat tu sebenarnya, mengajar aku beberapa perkara.


Sebab belom reda lagi isu k-pop yang kononnya merosakkan masyarakat kita, izinkan aku kaitkan jugak dengan k-pop neh. Letih la dengan orang-orang yang tak reti2 asyik nak salahkan k-pop. Ok ye, biar aku mulakan.


Nak dijadikan cerita, sebab aku xpasti samada bas tu nak berenti atau tak untuk waktu subuh, jadi aku dah ambik wudhu siap2, in case perlu solat hormat waktu. Tapi alhamdulillah, driver bas sangat alert dan berenti untuk solat subuh.


3 orang je lelaki yang turun untuk solat subuh termasuk driver bas. Bukan nak riak atau bangga kita solat subuh, cuma nak nyatakan satu benda. Aku minat k-pop, aku dengar k-pop, aku suka k-pop berbanding yang lain. Tapi aku masih lagi solat dan mengamalkan cara hidup Islam. Islam is our way of life. K-pop is one of the music industry, whether we choose to like or listen or just ignore instead of blaming for the keruntuhan agama masyarakat kita.


Lepas abes solat, driver bas tanya, "hok laen dok maye abeh?". Nah. Sini takde k-pop, xde halangan, xde halangan, xde mudarat, xde konsert meruntuhkan agama seperti yang ada kat karnival sejuta belia tu. Justeru sapa kita nak salahkan kat sini? Sapa kita nak salahkan bila diorang tak solat?


Kalau kat putrajaya bolehla cakap, ooo k-pop punca menyebabkan agama rosak, k-pop punca org2 yang hadir tak solat. Habes yang ni camne?


Memang hakikat agaknya, masyarakat kita hanya pandai menuding jari bila sesuatu perkara tu berlaku berbanding untuk berfikir punca bagi setiap perkara. Kalau k-pop tu meruntuhkan agama etc etc, semua yang tak turun solat subuh tu, adakah diorang semua peminat k-pop semata-mata?


Point aku kat sini bukan nak bash orang-orang yang marah sebab konsert tu. Aku pn tak sokong konsert tu, tambah2 lepas cantik buat konsert nasyid masa karnival tu. Tambah-tambah sebab pakaian seksi, sebab selalunya kita restrict etika berpakaian dalam konsert2 artis dari luar.


Cuma aku nak cakap, berdasarkan apa yang aku lalui hari ni, aku cuma boley cakap, rosak tak rosak agama, bukan disebabkan pengaruh k-pop tu ataupun pengaruh sesapa.


Rosak tak rosak agama tu adalah disebabkan kita sendiri. Salah ke dengar k-pop? hukum muzik tu tak salah asalkan tidak melalaikan sampai kita lupa untuk mengerjakan solat dan sebagainya. Selagi kita masih selari dalam landasan Islam, dengar lagu apa pun asalkan tak bercanggah dengan agama, muzik itu masih lagi satu keindahan yang diharuskan. Justeru aku rasa sangat tak wajar untuk kita nyatakan yang sebenarnya punca masalah itu daripada k-pop. Orang-orang dalam bas tadi aku xrasa diorang dengar k-pop sgt pn, tapi takde pulak turun untuk solat subuh. Wallahualam, mungkin solat hormat waktu (solat hormat waktu takde wudhu kena ganti kalau dah boleh turun dan tunaikan solat - sumber UAI).


Justeru, hentikanlah segala tohmahan berbentuk bias cuma disebabkan k-pop tu datang atas UNDANGAN pihak tuuutttttttttttttt.


Bak kata lagu Maher Zain, "yes it's easy to blame everything on the West". Senang kita nak salahkan orang lain bila kerosakan tu berlaku. Tapi pernah tak kita salahkan diri kita kenapa kita terlalu lemah sampai tak mampu mendidik para sahabat kita yang lain untuk turut serta dalam kebaikan? Tuding jari memang senang, angkat tuding. semua orang boleh buat, tapi tanggungjawab mendidik masih milik kita sebab kita masih khalifah. Surah Al-Asr yang bermaksud, "dan berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran dan berpesan-pesanlah dengan kesabaran". Kalau ramai boleh bukak Al-Quran cari satu ayat dalam Al-Quran, yang selama ni tak pernah-pernah bukak tafsir demi untuk menyalahkan konsert tu yang akan menyebabkan bala, mungkin kita terlupa pada ayat seringkali kita dengar untuk kita berpesan-pesan dan bukannya bila orang kena musibah dalam program tu, keluar ayat-ayat mcm, "tu Allah baru tunjuk sikit tu, belum lagi dia terbalikkan bumi putrajaya", contohnye la, tapi aku yakin ada orang keluarkan ayat camni bila dengar berlaku kemalangan dalam karnival belia.


Nabi Muhammad S.A.W. semestinya sedih adanya konsert sebegini dan lebih-lebih lagi sedih andaikata baginda tahu yang saudara semuslim sekarang lebih mendoakan kehancuran sesama sendiri daripada mengucapkan kalimah,"innalillahu wa inna ilaihiraji'un" apabila musibah menimpa. Sebab tu baginda S.A.W. pernah bersabda, "umat-umat Islam di akhir zaman sangatlah ramai tetapi mereka ibarat buih-buih di lautan". Allah, betapa lemahnya kita. Asyik berbalah padahal sama agama, sama akidah. Andai kita bijak dalam bidang agama, tunjukkanlah, bukannya mengutuk dan mengadu domba. Andai kita punya kekuatan dari segi fizikal, bantulah yang lemah dan bukannya menindas.


p.s: ada je orang yang tak minat k-pop, solat jauh sangat pulak. Silap kat mana? Muhasabah diri kita semula. Cuba betulkan diri sebelum cuba betulkan orang lain. Semakin kita muhasabah diri, semakin banyak kelemahan kita yang kita jumpa. Kadang-kadang dalam tak sedar kita mengubah diri kita, pada masa yang sama, orang sekeliling kita akan turut menerima tempias dan turut sama berubah.  InsyaAllah. Wallahualam.

0 comments:

Post a Comment

 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates