Sunday, May 27, 2012

0 Sejuta Belia?

Sementara menanti maghrib, aku tergamit untuk menulis pasal topik ni. Semakin hangat diperkatakan apatah lagi berlakunya konsert yang mencolok mata masa perhimpunan sejuta belia. Tentangan keras dapat dilihat dari semua hala selepas berlakunya konsert tersebut.


Sebelum ni, bila aku tengok facebook, artis-artis nasyid yang adakan persembahan berbentuk kerohanian (sebab aku follow facebook beberapa artis nasyid). Sekarang aku rasa, mungkin kebanyakan diorang tergamam sebab adanya persembahan k-pop kat perhimpunan ni.


Sebagai seorang muslim, ye, aku tak menyokong diadakan konsert tersebut. Cumanya aku tak faham, selalunya, bila artis luar dijemput masuk untuk buat konsert, diorang punya tatacara berpakaian dah set. tak boleh pakai pakaian yang mencolok mata dan sebagainya. Lebih tak fahamnya, apsal la untuk program ni, diorang takde plak set etika berpakaian untuk artis yang datang tu?


Ye, aku pun peminat k-pop tapi bukan girl group yang menari mencolok mata camtu. Tapi yang jadi musykil sket, bila program ni ada yang buruk, semua orang aim kepada k-pop seolah-olahnya yang buruk tu adalah k-pop. Bagi aku bila kita tujukan menda camni, patutnya siapa yang dipersalahkan?


K-pop tu bagi aku adalah satu industri muzik dan satu arena muzik dari negara korea. Kalau program tu rosak sebab jemput k-pop, tu salah orang yang menganjurkan program. Bukannya salah kepada k-pop tu sendiri. Diorang bukan orang Islam, diorang mungkin tak dapat pendedahan jelas mengenai Islam. Salah penganjur la yang tak hadkan gaya berpakaian diorang.


Justeru bagi aku, stop blaming the music industry as the whole. Kalau nak kata k-pop haram dan merosakkan program, haram jugak industri muzik kita sebab artis kita pun berpakaian lebih kurang je. Salahkan pihak penganjur yang tak reti nak mengehadkan tatacara berpakaian dan salah penganjur yang jemput diorang. Korang ingat diorang nak sangat ke datang sini? Takdenye terhegeh-hegeh.


Believe it or not, pegi check muzik industri korea. Aim diorang untuk pasaran muzik diorang adalah jepun dengan china. takde pun malaysia. Kenapa lagu diorang ada versi jepun n korea? sebab tu aim pasaran muzik diorang. bukan negara kita. kita yang terhegeh-hegeh pergi jemput diorang, pastu semua orang bising, kata diorang rosak program etc. What's the point? Salahkan pemerintah anda yang jemput diorang.


P.s: xde masa nak emo cuma bagi aku, bila orang aim kata k-pop merosakkan agama etc, tu aku tak setuju. Yang merosakkan tu adalah orang yang menjemput diorang datang. Bukan semua daripada negara kita tu baik, bukan semua dari k-pop tu buruk. Kalau jemput kumpulan December ke, takdenye diorang nak menari pakai skirt pendek camtu. Pilihan tu yang silap, dari pihak pemerintah.

Mind you, look carefully on who you should actually blame instead of just blaming the others for mistake they didn't even notice. Zalim jugak kita meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Wallahualam.

0 comments:

Post a Comment

 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates