Salam study week. Wow study dah nak abes kejap je. Aku study pun tak. Tapi kata bekas dekan aku, minggu belajar bukan untuk belajar sebab nonsense utk blajar menda satu sem dlm satu minggu. haha. klau ikut fatwa ni, hancurla aku. tapi aku ambil masa untuk santai.
Jadi ak ternampak video org post kt fb mengenai forum cinta ustazah fatimah syarha. Subhanallah! Terpesona dengan gaya ustazah fatimah syarha ni. selaluny ak baca tulisan dia ja, tapi tengok plak, astaghfirullah. tak leh tengok lama2. jadi ak dengar suara je la. bahaya tgk lama2. memang btolla org ckp, klau dapat sorg cm ustazah ni, memang sujud syukur.
Ok, pass bhgn tu. bahaya ckp lama2 pasal isteri orang. Aku terbaca satu post semalam kat facebook. Sentap seketika bila terbaca. Post tu lebih kurang camni bunyinya.
"Seorang hamba Allah telah menuju ke tandas untuk membuang air kecil. Kemudian, dia terus meluru masuk ke tandas tetapi dihalang oleh orang yang menjaga di hadapan tandas tersebut. "Encik perlu membayar Rm0.20 sebelum encik masuk ke tandas". Kata-kata itu membuatkan hamba Allah tersebut terus menangis. Melihatkan perkara tersebut, penjaga tandas itu terus berkata, "jika anda tiada wang untuk membayar, masuklah kamu, janganlah kamu menangis kerana perkara seperti ini." Kemudian hamba Allah itu menjawab, "aku bukan menangis kerana ketiadaan wang, tetapi aku menangis mengingatkan betapa tempat sejijik ini pun perlu dibayar untuk aku memasukinya, berapa pula bayaran yang perlu aku bayar untuk memasuki mulianya syurga Allah S.W.T.?".
Terkedu seketika aku terbaca ayat ni sebenarnya. Betul kata orang, setiap apa yang berlaku di sekeliling kita, kalau kita berfikir sejenak dan ambik iktibar, sebenarnya mampu mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T.. Malahan, sekalipun kita minat dan dengar k-pop pun, mampu mendekatkan diri kita kepada Allah. Ha? macam mana? Kagum dengan kecantikan diorang? Siapa pemilik segala kecantikan? Allah S.W.T.. Kagum dengan bakat dan suara diorang? Anugerah siapa segala bakat dan apa yang diorang miliki? Allah S.W.T.. Dengan syarat, yang laki janganla tengok yang perempuan tu menari dahsyat. Biar tahu limit sendiri la. Ni tak mulut menyebut, "Ya Allah, lawanya keindahan ciptaan Allah," tapi mata dok tengok diorang menari skirt pendek giler. memang giler la tu.
Dan selepas selesai dengar forum ustazah fatimah syarha, bertambah lagi satu perkara di sekeliling kita yang tak pernah terfikir langsung mampu mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T.. Kata ustazah fatimah syarha, "hotdog tu, nama dia maksud anjing panas. namanya buruk tapi sebenarnya ianya adalah sejenis makanan yang rasanya sedap dimakan. bunga, bunga tu sangat cantik, tapi kalau bunga tu adalah bunga bank (riba) adakah masih cantik bunga tu?"
Memang banyak perkara yang mampu membawa kita dekat kepada Allah S.W.T. cuma kita tak mampu menafsir dan mentaksir dengan tepat perkara-perkara tersebut. Banyak antara kita lebih gemar melihat tanpa berfikir. Dan apabila menghadapi sesuatu cuma menyalahkan takdir. Dah sampai masanya kita melihat sesuatu dari sudut berbeza. Cumanya, usahlah setiap perkara kita nak menghukum. Contohnya, bila berlaku bencana, macam yang aku post sebelum ni, laju je orang-orang yang tak pernah-pernah bukak tafsir Al-Quran, bukak cari ayat nak relate dengan kejadian tersebut. Bagus la nak memberi peringatan tapi masa kita bukak nak cari ayat dalam Al-Quran nak relate, lebih baik kita ingatkan diri kita tentang musibah tersebut dan mendoakan keselamatan muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Nanti kalau dah khatam tafsir, terjumpa ayat tu, ha keluarkan la. Tapi bukannya lepas musibah tu, terus je bukak tafsir yang selama ni dok berhabuk kat almari tu.
p.s: Tazkirah petang. Tazkirah selalunya panjang kan? kan?
Wednesday, June 6, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment