Thursday, November 11, 2010

0 What Do You Think?

Erm sebenarnya malas nak update blog tapi tergerak hati lepas tgk beberapa blog member2 aku ni.


Bukan nak tunjuk alim or terlebih nak bagi tazkirah tapi sebagai peringatan, letak gambo-gambo dalam blog yg kelihatan sedemikian sangatlah tidak manis. Entah rasa cm... entah tengok cm... entah tak sopan.


Bagi aku gambar yang tak penuhi tuntutan dalam surah An-Nur (sila cek, ada di situ dengan sangat jelas, point sket - tak menunjukkan bentuk tubuh, melabuhkan tudung ke paras dada, etc etc), sangatlah tidak sopan. Lagi tak elok jika anda perempuan yang letak gambar camtu (kalau ada laki mana-mana tengok berkenan, kan jadi maksiat? tayang merata-rata).


Apa-apapun aku dah ingatkan kepada mereka yang berkenaan, jadi tugas aku selesai di situ. Walaupun ada je kalau aku cakap, terus cakap, "ok thanks, salam". Pop ilang semua..


Aku jamin, 100%, kalau aku letak gambar aku tak pakai baju kat dalam blog ni, gerenti diorang cakap aku tak senonoh, tak sopan, apa lagi tah la, yang pentingnya, semua mesti kutukan. Haha. Lawaklah dunia sekarang. Aurat lelaki dari pusat sampai lutut tapi kalau dedah badan kena kutuk bapak ar, macam berbogel depan orang la plak kan? kan? kan?


Yang wanita muslimah ni, kalau sekerat pakai tudung nampak pusat, takde sapa plak kan nak kecam, berlonggok-longgok boleh nmpak tepi jalan.


Dulu Faizal Tahir bukak baju masa show kena ban jap. Ok, yang tanda "S" kat badan dia tu aku kurang setuju. Tapi dalam bhgn lain, aku support dia. Ceyy ni la dunia kalau penuh dengan kejahilan, hedonisme diagungkan. Dunia kita dah sampai penghujung, kejahilan berleluasa, orang yang tak arif dalam bhgn agama diberikan kuasa untuk memerintah (festival fesyen islam????? JAHIL) dan banyak lagi tapi hakikatnya, tu la tanda-tanda kiamat.


Balik kepada hal berpakaian tu, pokok pangkalnya, orang yang berilmu takkan kuarkan isu pasal faizal tahir bukak baju masa show tu or kalau aku letak gambo aku tak pakai baju dalam blog ni pun. Tak nak tengok sudah, tapi nak mengecam dan mengutuk, haha, lawak la. Tu bukan aurat kitorang, so what? Allah tak marah tapi kita pulak manusia mereka-reka nak marah, nak kecam tak tentu hala. Wow hebatnye kita!


Secara modennya, mungkin nampak kurang sopan, tapi sekadar kurang sopan. Tak perlu nak tambah dengan kecaman dan ban dari tv semua. apa daa...


p.s. : kena guna ayat garang nak sedarkan orang

0 comments:

Post a Comment

 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates