Sebuah cerita yang mungkin expected berlaku tapi bagi aku yang penting di sini adalah penyampaian dia. Alhamdulillah, terasa bila tengok cerita tu. Mungkin tak seteruk Irham dalam cerita tu tapi kita tahu sapa diri kita, kita tahu apa yang kita buat.
Suntikan keinsafan dari cerita tu membawa dos yang agak besar untuk aku beri response. Beberapa kata-kata yang aku sempat tangkap dalam cerita tu.
Bagi wanita, "jadilah wanita yang berada dalam sangkar kaca. Indah dilihat tetapi tidak mudah bisa disentuh. Hanya yang tulus hatinya bisa melepasi sangkar tersebut."
Bagi lelaki, "Cinta yang ada adalah untuk hati yang tulus dan ikhlas, bukan untuk dipermainkan."
Justeru, bagi yang couple2 neh, awal2 aku cakap, it's not eternal. Bukan nak kata korang tak mampu kawen, just nak cakap, selalunya orang yang couple ni cuma nak penuhkan hati yang kosong, or at least nak dia pun ada kekasih sebab orang lain ada. Couple yang berenti di pertengahan jalan, tak lain bagi aku adalah cinta yang dipermainkan.
Biarlah akhirnya kita bertemu dengan syurga cinta, jodoh yang ditetapkan Allah, rasa cinta, terus khitbah.
Aku jumpa cerita ni kat tenet, enjoy guys :)
Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya
pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut
sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.
Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik
sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu
nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa
yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas
sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil
memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa
menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput
yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu
bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang
berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang
rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik.
Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik
maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling
cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung
padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara
yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh
menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita
dengan tulus dan ikhlas.
Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini,
kerana setiap yang hadir pada ari ni tidak akan muncul semula selepas ini.

P.S: Quote dari seorang sahabat, "Memang sedih bila kita berpisah dengan seseorang tapi aku percaya, setiap orang yang hadir dalam hidup sebenarnya diutuskan oleh Allah untuk mengajar kita sesuatu. Apabila tugas diorang selesai, diorang akan pergi. Dan misi kita adalah untuk mengamalkan apa yang diajar olehnya kepada kita dalam hidup."
utk sy sy la rumput tu...org sllu ke depan n ke depan drpd stay dgn sy n try to make it better...
ReplyDelete