Tuesday, November 23, 2010

1 Da Blast!

Entah pa pe tajuk kat atas tu, tapi pa pe la. Semalam aku dapat jugak mencari peluang untuk tengok cerita Harry Potter and the Deathly Hollows Part 1 kat gsc alamanda neh.


Bagi aku kali ni, pengarah filem david yates berjaya buat cerita tu lebih teliti berbanding yang lepas cam cincai je. Kali ni, plot cerita dibina dengan lebih baik berbanding dulu dan mungkin sebab dia buat teliti la kot jadi dua bahagian. Tapi elokla dia buat dua bahagian daripada dia potong semua scene, jadi hampeh.


Camne pun, aku lebih enjoy baca novel dia daripada tengok cerita tu sebab lebih detail. Pun begitu, tengok cerita takde la teruk sangat. So overall, cerita ni layak dipuji berbanding cerita harry potter yang lepas yang diarahkan oleh david yates. Satu2nya pengarah harry potter yang tak reti2 nak tarik diri lepas merosakkan dua filem harry potter. Dan akhirnya dia buat sesuatu yang baik untuk cerita ni.


Plot cerita bagi part 1 harry potter ni diakhiri dengan baik oleh david yates dengan menunjukkan scene voldemort menyelongkar kubur dumbledore dan dapat ambik elder wand tu. dan untuk bagi harry potter, dihentikan pada saat dobbie mati. at least dia buat ending yang boleh diterima la dan puas hati. Kalau buat cam TLOTR pertama dulu, memang ramai tak puas hati kan sebab habis masa naik sampan tu. pa pe pun TLOTR the best!


Nantikan part 2, sebelum tu, SPOILER ALERT! 3 lagi horcruxes yang akan dicari oleh harry potter. Banyak adegan mendebarkan dan mengejutkan. Sedikit hint, patronus spell yang berbentuk rusa betina. Sebab patronus spell tu berbeza ikut orang, jadi rusa betina tu hint pertama untuk kejutan yang lebih besar. Huhu.


Anyway, malas nak komen filem lain, termasuk yang diagungkan sgt oleh ddr cerita 2 alam tu. bagi aku tah, aku tak tengok dan tak terasa nak tengok. Kenapa filem kita tak boleh buat macam filem TLOTR, Harry Potter n Narnia? Oh Narnia baru akan ada kat wayang bulan disember ni. Aku dah tengok trailer. Epik!


Aku berharap nak tengok filem Hikayat Merong Mahawangsa yang KRU buat. dengarnya sangat epik dan aku harap ni permulaan bagi filem melayu yang epik. Kita banyak penulis novel yang hebat yang cerita dia boleh diadaptasi kepada filem. novel ramlee awang murshid, kenapa takde pengarah yang nak ambik novel dia buat filem? Mesti jadi filem thriller melayu yang berkesan. Mungkin pengarah kita ramai perasan apa yang ada dalam kepala otak diorang tu bagus, jadi orang-orang sastera ni diketepikan.


Andai kata kita adaptasi filem daripada novel gak macam barat, filem kita mungkin lebih berjaya. Sekadar satu pendapat.


p.s: Tron Legacy pun nampak cam best.

1 comments:

 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates