Sunday, August 1, 2010

0 Apakah Pertemuan Untuk Perpisahan?

Ramai rasanya yang pernah dengar lagu Untukmu Teman nyanyian kumpulan ... err lupe. Salah satu ayat dalam lagu tu menyebut:


"Mengapa kita ditemukan...
Dan akhirnya kita dipisahkan..."


Mungkin ramai yang akan kata, itu takdir Tuhan. Kepercayaan kepada takdir adalah satu kewajiban tapi persoalan di dalam hati mungkin takkan semudah tu nak dirungkaikan apabila kita dirundung muram atau hati retak dan sebagainya.


Sebagai contoh, apabila hati kita tertaut kepada seseorang, ataupun kita berkenalan dengan seorang rakan yang amat akrab. Menjalani kehidupan, bergurau senda, menangis dengan dugaan bersama, berkongsi segala yang terbuku dalam hati. Segalanya sangat manis dan indah sampaikan kita rasa, kita tidak mungkin terluka dengan insan sepertinya.


Namun ketentuan dan ketetapan adalah tetap milik Yang Kuasa. Mungkin ditakdirkan insan yang kita cintai, insan yang kita kasihi, di saat kita amat memerlukan dirinya, pergi, samada disambut oleh Ilahi ataupun dipisahkan dengan masa dan tempat. Takdir menentukan kita ke negeri atau negara lain, dia berangkat ke negeri atau negara lain. Mungkin juga akan berlaku kita terputus komunikasi dengannya. Mungkin ramai yang dapat menggantikan kehilangan disebabkan jarak dengan menggunakan rangkaian facebook yang kian meluas kini.


Tapi masih ada beza menaip dan juga berbual. Kemampuan internet yang kurang tidak akan sama seperti berdepan dengan orang yang kita kasihi. (Internet boleh sangkut2, contohnya, "aku te.... n....g.... ah.....sed... sed... sed.... sed... i...h...". Kawan kita pun, "ha? ko sengih?". contoh je).


Pemergian yang tak mungkin menjadi milik kita kembali ataupun sukar berhubung dan sebagainya akan membuatkan kita tertanya-tanya, apakah kita ditemukan untuk dipisahkan? Kita bertemu orang yang kita rasakan kita mahu menghabiskan seumur hidup kita bersamanya, namun takdir menentukan perpisahan berlaku. Kita dirundung rasa kecewa teramat sehinggakan kita lupa segala-galanya.


Tapi benarkah pertemuan itu untuk perpisahan? Mungkin benar kerana di penghujung setiap pertemuan, perpisahan abadi tetap akan berlaku, cuma masanya bila. Untuk perpisahan sementara, mungkin kita akan berasa sangat kecewa untuk masa sementara. Namun ianya masih mampu dirawat dengan teman-teman yang baru kita ketemu. Pertemuan baru kadang-kadang membuatkan kita teringatkan kembali rakan-rakan lama ketika kita bergaduh dengan yang baru. Kita teringatkan betapa perkara sebegini tidak pernah berlaku dan sebagainya.


Pun begitu, ada juga yang kadang-kadang menyesal dengan setiap pertemuan sehinggakan mempersoalkan, "mengapa aku bertemu dengan si polan bin si polan? Kalau aku tahu perangai dia macam ni, aku tak nak rapat dengan dia" ataupun, "menyesal aku kenal dengan dia".


Persoalan begini berbunyi sangat zalim kerana setiap orang mempunyai diri masing-masing. Bezanya, mereka mungkin tidak mempunyai keazaman ataupun semangat mahu mencuba untuk mengenali kita ataupun mereka sendiri masih dalam lingkungan mahu mengenali diri sendiri.


Persoalan pokok kita kembali. Apakah setiap pertemuan itu untuk menyiksa diri kita dengan perpisahan yang menyakitkan?


Aku takde jawapan untuk soalan ini. Tapi mungkin jawapannya ada pada sambungan lirik lagu di atas:


"Mungkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman..."


p.s: renung2kan... aku ada penerangan lagi, tapi aku nak tinggalkan post ni dengan cara yang dramatik. kalau nak tahu apa penerangan aku, boley tanya aku.

0 comments:

Post a Comment

 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates