Saturday, August 28, 2010

0 446!

446!


Empat
Kubilangnya ratus
Angkara dan khianat
Hitam lagi zulumat
Angkanya tetap empat

Dalam bilangan ratus
Masih wasilah yang sama
Bangsaku diinjak, dirobek, digilis, dicarik maruahnya
Hingga darah itu membanjiri
Tengkujuh di luar musimnya

Empat
Puluh pula bilangnya
Pada maqam kedua
Seorang demi seorang
Moyangku, patriotku, wiraku gugur menjadi sejarah
Yang semakin dilupakan

Enam
Maqam ketiga
Tiada kiraan hujungnya
Sengsara dan derita
Merana dan tersiksa
Mereke berjuang, mereka menentang
Untuk warisan masa hadapan

446
Sejarah yang dilupakan
Keperitan yang disumbat alirannya
Kepedihan yang ditambak penglihatannya
Kesengsaraan yang dihijab dengan kesenangan

446
Kini mereka gagal menghidu tengik baumu
Kerana mereka membakar raksi setanggi, semerbak
Lantas,
Mereka akhirnya terpalit
Hitamnya abu dupa lama


p.s. : ni sajak yang aku karang untuk pertandingan sajak merdeka semalam. Mungkin ada yang dapat faham, ada yang tak. Tapi aku rasa sajak memang bukan untuk difahami jika dibaca secara terus je kan? jadi sila ambil masa dan tafsirkan, dan meh kita lihat apa korang dapat faham. huhu. postkan kat bahagian komen ye.

0 comments:

Post a Comment

 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates