Tuesday, March 30, 2010

0 Macam Menarik...

Alhamdulillah, selepas macam-macam yang berlaku, akhirnya aku berada di rumah. Dan tujuan utama aku pulang adalah untuk menenangkan fikiran aku yang kian serabut.


Dan kepulangan aku membawa satu benda baru. Dalam keghairahan ramai muda-mudi dengan hiburan dan keseronokan dunia yang tak berkekalan (this explains why I dun like entertainment that much), astro mengambil langkah yang baik dengan memperkenalkan rancangan realiti tv yang terbaru iaitu Imam Muda.


Aku terpegun seketika melihat tajuk rancangannya. Rancangan yang memfokuskan untuk mencari pelapis baru imam ini merupakan satu langkah yang baik untuk menarik minat muda-mudi untuk mendekatkan diri ke rumah Allah.


Jika kita lihatpun sebenarnya, imam-imam yang berada di masjid kini semuanya sudah mencecah usia emas yang sepatutnya sudah bersara, mengingatkan aku kepada imam di masjid berdekatan matriks aku dulu. Dengar bacaan khutbahnya, menimbulkan rasa kasihan lebih daripada mewujudkan keinsafan. Masa tu jugak terfikir, takde ke orang nak ganti dia?


Jadi aku lihat program ni merupakan satu program yang baik. Lagi aku terkejut sebenarnya, balik rumah je, mak aku cakap, "Ada program baru tu kat tv, dia cari imam, pi la masuk." Aku ingat program apa. Baru tengok iklan semalam.


WAllahualam. Ada lampu hijau daripada mak aku. Dengar cakap yang menang dapat rm150,000 rasanya. Tapi jangan lihat pada harta dan jangan cari populariti. Duit itu digunakan untuk membiayai pengajian imam yang menang untuk menuntut lebih lagi ilmu agama. Mungkin di mesir. Dan sesiapa yang ingin masuk, pesan aku, ikhlaskan diri kerana Allah dulu.

0 comments:

Post a Comment

 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates