Monday, March 22, 2010

0 Aku Masih Berfikir... Hubungan dan Hormat.

Ni post ketiga straight untuk hari ni dan aku blom study untuk kuiz esok. Tapi aku tahu menyedarkan orang dengan cara kita, itu dakwah aku. Dan aku takkan dapat tenang belajar sebelum aku selesaikan perkara ni. Biarlah ketiga-tiga post hari ni berkait sekalipun, biarlah isinya sama sekalipun, tapi aku nak orang faham betapa pentingnya menda-menda yang aku cuba sampaikan.


Aku mulakan dengan pandangan sebagai seorang Islam. Kita sebagai manusia kena menjaga dua perkara penting iaitu hablum minallah dan hablum minannas. Apa tu? Hubungan dengan Allah dan hubungan sesama insan.


Konsep dia mudah, hubungan dengan Allah perfect, tapi hubungan dengan manusia hampeh, hampeh. Hubungan dengan manusia perfect, hubungan dengan Allah hampeh, lebih hampeh.


Boleh faham rasanya. Sangat mudah dan jelas. Hubungan dengan Allah takkan sempurna tanpa hubungan sesama manusia yang lain. Ustazah aku pernah cakap, peringkat tertinggi kehidupan manusia ialah apabila dia mula memahami orang lain. Apabila sudah berupaya memahami orang lain, fahami diri sendiri. Siapa kita? Untuk apa kita? Mengapa? Bagaimana? dan sebagainya. Dan paling muktamad, fahami Khaliqnya. Pencipta.


Ayatnya mudah, kita boleh kata, kita sudah memahami orang lain, tapi hakikatnya kita tidak pernah memahami orang lain. Siapa berani cakap dia sudah mengenali aku? Kenal nama aku, tahu sedikit kisah hidup aku, tengok aku, buat pemerhatian selama beberapa tahun dan sudah cakap mengenali aku? Even kawan yang selalu bersama aku buat buletin bahasa dulu, yang banyak luang masa bersama aku, boleh kata hampir setiap masa masih belum cukup mengenali aku. Buktinya, diorang tersalah langkah semasa cuti semester lepas.


Aku tutup bahagian perhubungan tu. Aku nak bawak ke bahagian menghormati. Jangan bosan membaca, sebab aku masih belum habis berbicara.


Ustaz aku pernah kata, hormat orang lain untuk mendapat penghormatan. Ini sebenarnya telah terbukti melalui sejarah tetapi aku rasa sejarah hanya kekal sejarah. Orang kita kini sebenarnya hanya mahukan penghormatan dan tidak membalas dengan benda yang sama.


Aku dapat rasakan sendiri, maaf aku katakan. Aku tonjolkan cukup penghormatan, tidak kira kepada sesiapa, tapi aku masih dapat rasakan bahawa aku tidak menerima penghormatan yang selayaknya aku terima sebagai balasan penghormatan yang aku berikan.


Untuk apa aku beri jika nilai hormat aku dinodai dengan tidak menunjukkan penghormatan bagi aku? Maaf aku cakap, aku perlu lebih serius. Aku tak kisah aku tak dihormati, tapi hormati agama aku. Kerana mulia aku kerana Islam dan hina aku kerana tiada penghormatan terhadapnya. Nak caci aku, silakan, nak hina aku silakan, tapi bukan agama aku. Aku cukup panas hati bila isu agama dinaikkan. Tolong hormati agama aku sebagaimana aku menghormati agama lain. Kenapa aku timbulkan isu ni? Muhasabah diri dan fikir balik. Aku tidak memberi jawapan kepada mana-mana persoalan tetapi aku mahu orang lain menjana pemikiran untuk berfikir sendiri di mana silapnya.


Semoga Allah sentiasa bersama aku. Dan aku tutup post ni sekali lagi dengan sebuah lirik lagu.

Ku Serah Cinta

Ku serah segala ketentuan
Biarlah masa yang berbicara
Dipangku wajah yang layu
Dan aku telah jemu

Aku tidak mahu berpaling
Pada yang mengganggu dan menggugat
Sapanya meletihkan diri
Hadirnya mengundang penat

Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan

Aku semakin tidak peduli
Apa yang mungkin akan terjadi
Kerana gerak dan tindakanku
Mahu bebas dari masalah

Ku serahkan cinta ini
Hanya padaMu, oh Tuhan

Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan

Aku adalah aku sekarang
Biar terbuang tetap berjuang
Akan ku serahkan jiwa ini
Sepenuh hati dengan keikhlasan
Aku adalah aku yang sekarang
Ku serahkan cinta ini


P.S : Muhasabah diri selalu untuk melihat diri sendiri

0 comments:

Post a Comment

 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates