Sunday, March 7, 2010

0 Ketika Cinta Bertasbih

Ok ok ok aku faham, korang pun tau tengok tajuk je semua terbayang cerita tu. Ok ok aku mengaku aku baru tengok cerita tu petang semalam. Jujur cakap memang menarik. Pendekatan islamik yang dibawa memang sesuatu yang harus dipuji. Cerita tidak berat tetapi mesej padat. Mungkin dalam banyak-banyak novel indonesia, novel ini memenangi hati aku lebih daripada ayat-ayat cinta.

Mungkin aku pernah kata, novel-novel indonesia sekarang terlalu banyak kata cintaNya dan terlalu banyak pula lulusan al-azhar dari sana menjadi penulis yang ghairah bertutur kalimah-kalimah cinta pada penulisannya. Aku tak tahu, aku belum habis membaca lagi trilogi makrifat cinta karya taufiqurrahman al-azizy tapi pendekatan yang cuba dibawa juga menarik. Melainkan aku kurang berminat dengan keinsafan yang terlalu cepat dalam buku tersebut. Tapi aku puji penulis sebab sekurang-kurangnya dia jujur dalam menulis. Mungkin dia mengurangkan penulisan mengenai betapa kotor jiwa Iqbal dalam novel tersebut kerana penulis sendiri tidak pernah membuat sebarang selidik mengenai perkara tersebut. Itu ketelusan dan ketulusan penulis menunjukkan bahawa penulis seorang yang jujur dalam penulisan dan bukan sekadar suka-suka macam ramai penulis lain. Atau penulis mungkin mahu sebenarnya menekankan idea lain dan bukannya sekadar keinsafan seorang insan.

Berbalik kepada Ketika Cinta Bertasbih. Ok, sebenarnya, aku baru tergerak nak tengok cerita dia semalam. Walaupun sebenarnya rasa malas giler nak pegi tengok tu ada. Kebetulan diorang buat tayangan sempena program yang bertemakan Keabadian Cinta. Aku pun tengok la. Menarik sebenarnya. Menunjukkan bagaimana cara bercinta dengan cara Islam. Aku perasan mungkin ada yang anggap, "arghh poyo arr dia ni, tengok tudung sekerat mana" tak kurang yang fikir, "bajet arr". Tapi ni hakikat penilaian memilih teman hidup.

Apabila ibu kepada azzam menyebut, "ibu mahu teman yang terbaik buatmu" sudah menunjukkan membuat pilihan terbaik itu adalah penting terutama dalam memilih teman hidup. Kalau sekadar mahu bercinta biasa, benar jika dilihat, boleh sahaja azzam berpacaran mencari teman. Tapi penekanan keras dan peringatan disebut dalam filem tersebut, "Kamu tahu kitab Allah, kamu kenal sunnah Rasulullah" membuatkan kita terduduk semula berfikir sebelum kita membuat sesuatu keputusan.

Melalui kata-kata yang diucapkan oleh anna dan kiyai lutfi, aku teringat pada satu firman Allah S.W.T. : “Katakanlah kepada lelaki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka...” (Surah an-Nur, ayat 30 & 31).

Itu menunjukkan cinta cara Islam. Juga menunjukkan batas-batas dan adat pergaulan cara Islam. Seharusny kita menjaga batas-batas ini seiring dengan firman Allah S.W.T. : “Sesungguhnya jawapan orang mukmin, apabila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) antara mereka ialah ucapan: “Kami mendengar dan kami patuh. Dan mereka itulah orang yang beruntung.” (Surah an-Nur, ayat 51).

Banyak pulak bebelan, dah jadi ceramah agama pulak tu. Huhu. Okey la cukup dulu, nanti sambung.

0 comments:

Post a Comment

 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates