Ni serba sedikit gambar masa aku kat sana. Lain-lain, cari aku arr nak tengok. huhuKat Stansted Airport, menjalani kehidupan mat salleh pertama haha (minum kopi)berjalan-jalan kat LondonThe street of LondonDepan tempat membeli-belahkat Piccadilly CircusMuzium Ripley's kat Piccadilly CircusDepan Muzium RipleysKuda-kuda kat Piccadilly CircusPosing sambil beratur nak masuk Madame TussaudsWopps terjumpa dia sebelum masuk Madame Tussauds huhuDengan Shrek, huhuYa, ahli keluarga diraja Britain yang baru!Ni kat kawasan berdekatan Scream!Orang yang handle Scream! tah pa pe hahaOk, I dun like this idea, but... SMILE!Ya itu dia, tahniah Britney! hahaHaha...
Sunday, December 27, 2009
0 Angin Sejuk Kota London (Bahagian Akhir)
3 Disember membawa perjalanan kitorang ke Royal Albert Hall yang terkenal. Binaan dia memang lawa dan sangat besar. Abang aku cakap, masa Siti Nurhaliza buat persembahan kat sini dulu, diorang cuma tempah bahagian depan dewan tu je tapi mintak maaf cakap, tak penuh. Kitorang bergerak ke Muzium Sains lepas tu. Tak banyak sangat yang menarik perhatian aku kat situ tapi aku minat dengan ada mesin permainan dia. Huhu. Dari Muzium Sains, kitorang pegi Muzium Sejarah Negara (National History Museum). Tak jauh, dekat je. Yang ni menarik. Dalam dia ada benda yang berlaku sekeliling dunia termasuk gempa bumi kat Jepun dan sebagainya. Jugak terdapat sejarah...
0 Angin Sejuk Kota London (Bahagian 4)
Hari lepas tu, kitorang pergi shopping. Sebab aku tak dapat apa-apa masa kat Bicester, jadi hari 30 November tu hari shopping aku. Huhu. Membeli sakan jugak la rasanya. Masa jalan-jalan kat situ, abang aku ada bagitau satu kedai baju. Kedai ni dalam dia dia jual baju ataupun fesyen-fesyen yang pelakon pakai dalam filem (kalau tak silap aku). Selain tu, kalau korang nak tau yang korang ni handsome ke tak, cantik ke tak, cuba la mintak keje kat situ. Haha. Abang aku cakap dia pilih pekerja-pekerja dia semua yang handsome dan cantik je. Kalau korang kena reject, sila la sedar diri balik eh. Haha. Dan biasala, mengakhiri perjalanan panjang satu hari,...
0 Angin Sejuk Kota London (Bahagian 3)
Hari Sabtu. Memang keja aku kat sini berjalan je la. Kaki sakit sebab asyik berjalan. Boleh dikatakan hampir setiap hari, abang aku dah rancang nak bawak pergi tempat-tempat menarik kat London. Dan hari sabtu, hari shopping. Hehe. Aku patut tulis mana kitorang pergi rasanya. Sekarang dah lupa. Hehe. Ya ok. 29 November, kitorang berangkat menaiki train dari stesyen Marylebone (National Railway Station) menuju ke Bicester. Ok untuk gadis-gadis kaki shopping, aku cakap awal-awal, Bicester ni syurga untuk korang. Kat Bicester, ada satu tempat dipanggil Bicester Village. Bicester Village ni tempat barang-barang branded dijual dengan harga yang lebih...
0 Angin Sejuk Kota London (Bahagian 2)
Hari Jumaat tu, raya haji. Kali ini solat sunat hari raya diadakan di Malaysian Embassy London, tempat yang agak kecil, kata abang aku, jadi pagi tu kami tidak ke mana-mana melainkan masak dan bersedia untuk makan. Ni kali pertama la aku rasa raya di perantauan. Suasana tu tak rasa sangat sebab keluarga aku ada. Mungkin nak rasa lebih, kena la belajar lebih pastu nanti sambung belajar kat sana. Hari sebelumnya kami dah masak ketupat dan kuah kacang jadi pagi ni cuma nak tambah sikit-sikit la. Selesai makan pagi tu, kami keluar. Kali ni perjalanan kami membawa kami menaiki tube. Aku suka berjalan kat sini sebab tak macam malaysia, jaringan pengangkutan...
0 Angin Sejuk Kota London (Bahagian 1)
Aku rasa 25 November lepas memang satu hari, satu saat, satu detik yang sangat aku nantikan. Tarikh tersebut menjejakkan kaki aku ke Terminal LCC KLIA untuk menaiki kapal terbang. Kali ini, aku aku berlepas melalui pintu perlepasan antarabangsa. Ya, antarabangsa! Bukan dalam negeri yang sering aku lalui. Perjalanan yang aku tempuh kali ini bukan mengambil masa dua jam setengah seperti beberapa tahun lepas aku berangkat ke Sabah. Kali ini perjalanan aku mengambil masa selama 14 jam perjalanan. Dengar sahaja 14 jam, ya, macam-macam yang timbul. Aku nak buat apa sampai 14 jam dalam kapal terbang? Tidur je kot. Dah dapat bayang aku kena duduk dalam...
Subscribe to:
Posts (Atom)