Friday, April 19, 2013

0 Ice Kacang Puppy Love

Wahh dah lama tak menulis kt blog ni rupanya. Dan kembali aku menulis dengan tajuk yang penuh persoalan? haha. Dalam keadaan Malaysia yg dibahangi perang politik masa sekarang, aku tinggalkn part politik tu kepada pihak lain sbb dah cukup ramai skrg. Biar aku sentuh bab laen.


Okay I admit I'm slow. Aku rasa aku tak lah begitu kritis dalam hal ehwal filem ni walaupun kalau aku komen penuh dgn pros and cons. Dah lama btolnya aku xkomen untuk cerita cerita ni sbb skrg pn aku dah xslalu sgt tgk citer n movie ni. Lepas brapa lama, mlm ni aku kembali tgk movie. And that movie is Ice Kacang Puppy Love.


Okay, citer ni dihasilkan tahun 2010. Sgt2 slow aku ni rupanya, tahun 2013 baru jumpa filem ni. Aku rasa kalau sapa yg dah tertengok citer ni kt 8tv dulu mgkn taw la, tp aku rasa banyak antara kita, especially Malay, highlight, especially Malay, mgkn xpenah taw n xpenah ambik taw pasal movie ni.


Sedikit background untuk citer ni. Filem ni filem berbahasa Mandarin. Yes filem bahasa mandarin, jd mmg sah2 la org melayu bt xtaw je kan. Tapi di sebalik "ignorant" kita untuk xtgk filem ni, filem ni didalangi, fuh ayat, ok, filem ni dihasilkan oleh artis-artis cina kelahiran Malaysia yang sekarang aktif kat tanah besar-> China, Taiwan, Hong Kong etc etc.


Ramai sebenarnya orang kita yang xtaw. Kalau sebut nama-nama artis cina ni pn, bukan diorang kenal sbb xpenah dgr kan. Tp dalam diam, diorang dah bawak nama Malaysia dan jadi artis yg sgt sukses kat sana. Percubaan filem dibikin oleh Ah Niu, artis kelahiran Pulau Pinang. Kalau xsilap aku, masa filem ni diterbitkan kt Malaysia, filem ni berentap dengan filem KL gengster. Disebabkn publisiti melampau untuk filem KL gengster tu, makanya, filem ni tenggelam.


Mungkin sbb masa tu aku kat uni kt kelantan, jadi aku xdpt tgk trailer ke apa kt tv. Tapi aku pasti, xdenye trailer filem ni. Kalau ada pun, luar waktu puncak. Tapi percaya ke tak, kalau korang search Ice Kacang Puppy Love, korang boleh tgk byk giler, i mean, memang byk giler website, terutamanya dari luar negara yg minat tgk citer ni dan appreciate citer ni tp sayangnya, orang kita sendiri xappreciate citer ni. Kalau korang compare dgn KL gengster, sampai mana sgt tahap filem tu.


Citer ni, xpasti samada pengalaman ah niu sendiri ataupn bukan, tp kisah ni berkisarkan tentang kehidupan zaman diorang dulu2 kt penang. Ada signifikan tajuk filem ni yang korang hanya akan faham bila korang akhiri movie ni, dan aku rasa kalau aku dah xbtol sket, aku akan tepuk tangan kot masa ending tu. hahaha.


Cerita ni, berbanding dgn kegilaan pengarah2 lain kat Malaysia ni, aku xnak mention, tp, yes, pengarah2 melayu kt Malaysia ni, cerita ni lebih patriotik dan lebih melambangkan Malaysia berbanding movie2 lain. Percayalah, kalau korang tgk filem ni, if, korang lahir sezaman dengan aku, cerita ni, sedikit sebanyak akan mengingatkan korang tentang masa lampau korang. Masa zaman kanak2 semua.



Aku sangat terkilan sebenarnya. Sbbnya kita ada artis2 kelahiran Malaysia yg aktif kt luar tp diorang xdapat recognition dari negara sendiri. Sorry, tapi sampai bila korang nk bawa papan tanda terpampang ayat "rasis" tu?


Aku ingat masa tahun 2008, MTV award kat genting. Siti nurhaliza kalah dengan Nicholas Teo. Fine, ramai orang xpenah dgr nama Nicholas Teo. Siapa dia yang sampai dinobatkan artis pilihan Malaysia dalam MTV award tu? Apa kelayakan dia sampai dpt menundukkan Siti?


Korang xkenal dia, tp xbererti korang ada hak untuk kutuk dia. At least learn who he is, listen to his music before you even criticize someone. Are you even better than him? Short intro: masa dia belajar kat taiwan, dia join pertandingan menyanyi antara semua universiti kt taiwan dan dia dpt tempat pertama dalm pertandingan tu. Pastu dia join Astro Talent Contest, final lawan dengan vince af tu, dan dia menang tempat pertama lagi. vince dpt nombor 2 dan jadilah vince tu masuk akademi fantasia dan sbb tu korang kenal vince tapi bukan nicholas teo.


So lets just say, why not give something a chance even if you dont know bout it. Movie ni membariskan artis2 Malaysia yg memang fames --> Ah Niu, Fish Leong, Gary Chaw, Victor Wong, Nicholas Teo, Angelica Lee, Yi Jet Qi.. etc etc, ramainya nk list. Sorry malas nak taip semua, tapi hampir semua artis cina Malaysia ada dalam filem tu jadi, kalau nk kenal diorang, cek je sini --> http://en.wikipedia.org/wiki/Ice_Kacang_Puppy_Love


I will create another topic for more info. Watch it if you wanna learn bout it. End here~

Thursday, January 10, 2013

0 Melintas Seketika

Jam dah pun menunjukkan 1:28 minit pagi. Aku pun baru je balik rumah lepas antar abg aku gi airport tadi. Camne pn sbb aku ada menda sgt nak share, jadi aku on jugak laptop ni semula. Mula2 skali, mintak maaf byk2, kalau ada yg cuba nak akses blog ni selama ni dan dapat notis malware. Problem solved. Aku dah buang sumber masalah tu, tp sadis la xde muzik2 yg aku suka nak letak kat blog. nanti la cari solusi lain.


Kelmarin kebetulan, sorang rakan ada share satu gambo kat facebook. Aku selalunya, secara jujurnya memang jarang sgt nk tgk mende2 ni, tp camne boleh tertarik nak baca. Dan aku baca. Secara ringkasnya, gambar tu menunjukkan satu eksperimen yang dijalankan oleh Washington Post.


Caranya mudah. Meletakkan seorang pemain violin untuk bermain di tengah2 kesibukan terminal keretapi pada waktu puncak orang pergi kerja. Point dia sebenarnya bukanlah pemain violin tu, tp outcome daripada eksperimen tu. Aku baca komen2 yang orang post kat gambar tu dan terjumpa artikel yang diterbitkan oleh Washington Post tu.


Menariknya, orang yang bermain violin trsebut ialah salah seorang ahli muzik terkemuka dunia dan beliau memainkan muzik hebat yang dicipta 2 abad yang lalu. Sepanjang 45 minit, beberapa "composition" dimainkan (xreti la istilah ni dalam bm. haha), hanya beberapa orang saja yang berhenti.


Dan ayat last yang aku baca kat situ, "If one of the best musicians in the world playing the best music piece ever made couldn't stop you to spend a moment to enjoy it, what other things have you missed?"


Ayat dia lebey kurang cmni la. maknanya, kalau seorang yg sangat hebat bermain menda yg hebat menggunakan violin bernilai 3.5juta usd untuk bermain lagu tersebut tidak mampu membuatkan kita perasan kehadiran dia (sebab kita berkejaran ke sana sini), apa lagi perkara lain yang kita dah ketinggalan sepanjang hidup kita?


Paling menarik, seorang budak berusia 3 tahun telah berhenti untuk terus mendengar. Dalam salah satu komen yang diorang tulis kat gambar tu, maksudnya lebey kurang camni, "bila kita dilahirkan sebagai kanak-kanak, kita sentiasa mempunyai sikap untuk mempelajari sesuatu yg baru. Dan hampir setiap perkara boleh mempesonakan kita dengan keindahannya. Kita kenal segala perkara yang indah dan kita mampu menginterpretasikan perkara tersebut sebagai sesuatu yg hebat. Tapi akibat daripada masyarakat, sosial, dan faktor hidup sekeliling kita, sikap dan keajaiban tersebut dah hilang daripada diri kita."


Sangat menarik eksperimen yang dijalankan. Dan antara semua interview yang aku baca terhadap orang yang lalu di kawasan tersebut, aku paling suka kata-kata seorang lelaki yang sedar dengan kehadiran pemain violin tersebut. Kata dia, "If you love something but choose not to do it professionally, it's not a waste. Because, you know, you still have it. You have it forever."


Terima kasih banyak-banyak sebab bagi aku baca artikel ni. Sbb ayat tu sangat related dengan apa yang melingkar dalam fikiran aku. Soalan ditanya oleh wartawan kpd lelaki tu, sebab laki tu penah belajar main violin, adakah dia menyesal sebab meninggalkan violin dan tidak bermain lagi. Dan itu jawapan lelaki tersebut.


Bila orang tanya, sampai bila ko nak belajar main piano. Sehingga tahap mana ko nak belajar. I got my answer. I love doing piano but that doesn't really mean that I have to do it professionally. Even if I learn piano till I reach level 8 piano and choose to just play it once in a while at home, at least I know, its a gift. Not everyone can play piano. And at least I know, I am one of them that knows how to play it. Whether I do it professionally or not, it is still in me forever.


Let's stop here for now, I'll write again. I still have another thing to share.


P.S: diorang complain, sekali aku update, panjang berjela, jadi diorang malas baca. Sorry korang! (buat gaya sorry2 super junior sket. haha!) Camne pun aku try nak tulis pendek, aku xdapat buat~

Saturday, November 17, 2012

0 Ya Allah Selamatkan Palestin!

Salam.

Rasanya dah lama sangat tak update blog ni. Kalau sebelum ni kita post banyak pasal drama dan realiti tv, hari aku nak post satu realiti. Dunia kembali gempar dengan serangan rejim zionis terhadap Palestin.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud, "tidak sempurna iman seseorang di antara kamu sehingga kamu mencintai saudaramu sebagaimana kamu mencintai diri kamu sendiri."


Adalah tidak wajar bagi kita yang mengetahui tentang perkara ini untuk buat endah tak endah. Alhamdulillah, ramai sudah sahabat-sahabat aku "melancarkan" post2 di wall facebook mengenai Palestin. Justeru izinkan aku menggunakan medium lain untuk secara lebih menyeluruh untuk bercakap mengenai isu ini.


Memang sedih, memang sakit hati kita bila melihat apa yang terjadi kini di Palestin. Seluruh dunia kita melakukan protes, baik apa jua bangsa ataupun agama, semuanya menentang keras perbuatan rejim zionis terhadap palestin.


Bila menyebut isu Palestin, aku teringat aku pernah berbual dengan seorang sahabat. Sedang kami berbual, dia cakap, "Peringkat pemahaman Al-Quran ni ada membaca, beramal, memahami, dan beriman."


"Orang kita banyaknya membaca dan beriman je tapi tak faham dan tak beramal. Ada pulak orang yang baca, yang faham dan beriman tapi tak beramal. Orang Israel diorang baca, diorang faham, diorang amal tapi tak beriman."


Bila dengar camtu, aku setuju dengan kata-kata sahabat aku. Kita memang membaca al-Quran dan beriman tapi kita jarang benar mengamalkan ataupun langsung tidak mengamalkan. Dan apa yang tidak kita amalkan, akan senantiasa ada yang lain mengamalkan walaupun bukan beragama Islam.


Teringat aku pernah terbaca sebuah buku yang bercerita tentang Palestin. Akhir buku tu, seorang professor pernah berkata, "Umat Islam menyembah Allah sebagai Tuhan Yang Esa, orang Kristian pula menganggap Allah itu sebagai bapa, tetapi Yahudi mahukan Allah itu menjadi milik mereka."


Ayuh kita berdoa, walau agama apa pun anda, Israel bukanlah musuh Islam semata-mata. Israel adalah musuh seluruh umat manusia. Jika tidak, mengapa Adolf Hitler pernah cakap, "aku boleh membunuh semua orang Yahudi pada zaman ni kalau aku mahu, tapi aku membiarkan ada antara mereka yang masih hidup supaya generasi depan dapat melihat pembohongan mereka."


Untuk umat Islam, ayuh kita berdoa agar Allah melindungi saudara-saudara kita di Palestin dan semoga mereka terus tabah dan kuat menempuh dugaan Allah. Ayuh juga kita berdoa agar bumi Palestin bumi anbiya akan terus dilindungi dan tidak akan jatuh ke tangan yahudi.

Monday, October 8, 2012

0 Back with new look~

Blog kembali "rebranding". Dah settle, akhirnya dapat jugak install smula macromedia flash yang mengizinkan aku untuk letak muzik dalam blog aku ni. And here presenting the song from the newly debuted group Lunafly. I have vocal and music preferences when I listen to a music, so yes, this song is well made and these guys have amazing voice.


Blog template dah diubah kepada bentuk yang lebih simple sbb dulu aku rasa bila bukak je blog, bapak berat. Jadi, aku ambik template simple yang plain je. Nampak lebih santai (ye kot, huhu). Yang penting, takde sangkut2, tu je yang penting. Sebab laptop aku ni slow, jadi boley dikatakan tuan blog sendiri sangkut2 nk bukak.


Tapi dua tiga ketika ni asyik sangkut je dgn google chrome ni, celaka apa tah yang mendurjanakan chrome ni. Kejap2 sangkut, kejap2 sangkut. Cam cipan. Stress rasa cam nak sepak je laptop ni. Memang laptop ni dah ketinggalan zaman teknologi tapi tunggu la dulu kan. Takde la urgent sgt nak laptop baru. nanti dah ada duit, bleyla beli baru. skrg takde, tahan la sket.


laptop aku ni pun dah jadi cam laptop diorang-diorang dulu. Skrin boley jadi blank bila-bila masa. Tapi alhamdulillah sebenarnya dia tak buat hal masa zaman aku menulis thesis dulu. Problem dgn laptop aku ni sbb ada crack kat bhagian tepi skrin neh. sensitif amat, tergoncang sket, japgi, terus blank. Laptop performance aku jadi hampeh sebb cara nak bagi dia ok balik lepas blank cuma dgn force restart.


Okla, let's end it here. I'm going to be active with blog again when I got things to say. So please anticipate :)


P.S: yeorobun, saranghamnida :D

Sunday, October 7, 2012

0 Was-Was Itu Bisikan Syaitan

Dah macam tajuk khutbah rupanya bila tgk balik. Secara ringkasnya je post ni nak pegi. Tadi ada terbaca sorang sahabat post gambar mengenai sejadah yg ada muka babi kononnya. Cerita lama yg di"revive". Mintak maaf, bukan niat nak menghentam sesiapa.


Bila kita menyebut isu ni, ingatkan diri kita kepada musuh kita yang paling nyata iaitu syaitan. Ingat, bahawa syaitan sentiasa menghembus bisikan yang mencipta was-was bagi kita manusia. Kalau anda tak namakan was-was, anda rasa ni disengajakan untuk dicipta? Sebab kelemahan dalam diri kita, kita melihat apa-apa saja bayangan yang ada dalam dunia ni, yang lama baik yang baru sebagai satu cubaan untuk meruntuhkan agama.


Tak salah sebagai peringatan tapi menyebar fitnah juga satu dosa, membawa cerita palsu juga satu dosa. Bagusla ada orang yang nak post tunjuk dan ingatkan kita bahawa Islam itu musuhnya di mana-mana. Nak saya bagikan contoh?


Satu masa dulu, ketika cerita pokemon sangat hot kat tv, keluar cerita ckp pokemon adalah dakyah untuk meruntuhkan umat Islam dengan nama-nama pokemon tu memberi maksud2 tertentu. Alangkah. Sekarang ada lebih daripada 600 pokemon. Hebatla diorang keluar nama sebanyak tu semuanya mengutuk pasal Islam. Padahal, lepas aku baca fatwa Dr Yusuf Al-Qardhawi, takde pulak beliau menyebut pasal nama-nama pokemon ni memberi maksud sedemikian. Hebatnya kita. Melebihi kehebatan seorang ulama yang disegani oleh semua.


Beberapa ketika sebelum ni, lagu psy gangnam style dikatakan cuba melakukan perkara yang sama, iaitu menyesatkan umat Islam. Kalaupun anda benci sgt dgn lagu-lagu dari korea, tak perlula kan nak kluarkan statement fitnah sedemikian rupa. Sebab tu, bila aku dengar je lagu korea, kalau aku minat, aku cek maksud dia dulu. Bukannya terus buat judgement. Tengok vid klip sket, puhh! kluar fatwa. Masalahnya, yang mengeluarkan fatwa tu bukannya ulama yang disegani ramai, dtg dari mana je kluar kat fb. Sapa-sapa yang dah dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus ataupun Ustaz Ashraf Imam Muda, insyaAllah dah clear dgn isu psy ni.


Soalannya sekarang. Apasal yang mengeluarkan cerita-cerita camni bukannya orang-orang yang kita kenal dan disegani seperti ustaz azhar idrus, ustaz kazim ke, imam muda ashraf ke. Kalau aku diberi pilihan untuk menjawab, aku akan cakap, sebab ni lahir daripada bisikan syaitan yang mencipta was-was dalam diri kita. Sebab kita tahu orang yang tinggi ilmunya dan orang yang kuat imannya takkan tuntas dalam bisikan syaitan, maka kita tak pernah dgr isu camni wujud daripada diorang. Tengok sejadah ada corak pelik sket, eh bentuk muka babi. Spender tiga segi tu tak cakap ke dakyah kafir untuk menyesatkan umat Islam? kan illuminati tu segi tiga. haishhh...


P.S: Astaghfirullahal'azim. Dekatkan diri dengan Allah, kuatkan iman, tinggikan ilmu untuk mengelakkan was-was syaitan. Cuba amalkan doa ni, insyaAllah: "Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna, daripada kemurkaanNya, seksaanNya, kejahatan hamba-hambaNya, bisikan-bisikan syaitan dan daripada kehadiran mereka semua. Amin..."

Saturday, October 6, 2012

0 Exaggeration: Do things moderately

Hari ni rasanya terlebih rajin, jadi nak menulis blog lagi. Dah beberapa malam dah sebenarnya marathon tengok Immortal Song 2 (IS2). Rsanya ak penah dah tulis post tentang program ni sblm ni. Tapi untuk refresh sbb mgkn blog ak ni tak tersusun.


IS2 ni program realiti tv korea, menampilkan artis2 drpd idol group korea yang berlonggok-longgok tu ataupun penyanyi yg kurang famous dlm program tu. Setiap minggu, sorang penyanyi veteran/komposer muzik terkenal akan dijemput dan setiap peserta (artis2 idol group tu) akan menyanyi lagu lama2 tu dgn diberi nafas baru.


Menariknya, setiap persembahan akan dihakimi oleh penonton seramai 500 orang. Kalau diorang suka persembahan tu/cover tu/arrangement tu, diorang akan tekan butang untuk mengundi. Dan penyanyi-penyanyi yang dah diterima bakat diorang oleh orang ramai bahkan mungkin dunia sekalipun, diorang diadili dgn cara sama.


Sangat menarik bagi aku sbb seseorang yg dah bergelar penyanyi tak semestinya bagus walaupun dah kluar byk album.


Daripada program ni sbnarnya, byk gak la aku blajar pasal muzik ni. Dan aku tgk advantage penggunaan keyboard. Bila tengok keyboard tu, "ow camni rupanya diorang tukar arrangement sesuatu muzik tu". Mungkin bagi kita orang Malaysia tak tahu sgt lagu lama korea, episod Park Jinyoung sebagai penyanyi veteran tu mungkin ok untuk kita.


Sebab dalam episod tu penyanyi-penyanyi tu nyanyi lagu yang kita taw. This Song daripada 2am, Nobody daripada Wonder Girl dan sebagainya. Kita biasa dgr Nobody dalam version Wonder Girl tapi, only and only dan hanya dalam IS2, kita dapat dengar lagu Nobody dalam rentak reggae. Sangat mantap arrangement dia.


Ok back to the topic. Exaggeration in anything we do is a bad thing to be honest. First korean group yang aku minat masa awal2 aku tengok citer korea ni adalah December. Ak selalu fikir masa tu, waa, December has amazing vocal. Unmatched in ballad. Tapi lepas tengok Dae Kyu dalm IS2, aku perasan yang vibrato dia banyak sgt. Mungkin sbb tu teknik nyanyian dia. Tapi orang yang ada clean vocal attack tu lagi hebat ballad daripada dia walaupun dia boleh naik sampai 5 octave.


K-Will, Shin Yong Jae, Huh Gak, Lee Haeri, G.O. Mblaq, Kyuhyun dan jugak Ryeowook. Diorang boleh nyanyi ballad lagi ok daripada Dae Kyu. He got a good vocal but he just needs to reduce that vibrato. A clean vocal would fare and appeal much more compared to vibrato.


Bila tengok DK buat banyak gile vibrato, teringat bila aku nyanyi smua lagu dulu dgn burdah. haha. smua lagu jadi bunyi nasyid sampai member aku cakp, lagu ni ko jangan nyanyi, nnti semua ko nasyidkan, rosak lagu. And yes, bila kita dah lalui dan ada lebih experience, aku sendiri perasan, memang tersangat la buruk kalau nyanyi dgn burdah tu.


Jadi skrg, aku drop smua burdah tu, dan try nyanyi dgn clean vocal. Aku rasa bunyi dia lebih best. haha. masuk bakul angkat sendiri.


P.S: W/e it is, no exaggeration. It makes everything, including good things look bad.

Friday, October 5, 2012

0 Parents: Take care of your children!

Orait, berjumpa kembali dalam blog ni. Walaupun terasa blog ni tak berseri langsung, tapi aku tersangatla malas nak tukar background semua. nanti la ek. Apa yang penting, isi tu. haha.


Ok la. ari ni nak sentuh sikit isu ni. Pesanan untuk future parents gak (termasuk aku la tu).


Nak dijadikan cerita, ari tu aku kluar la rumah bawak keta nak pegi discussion sebab ada group assignment. Sebab aku ni pemandu berhemah, aku takde la speed speed kat kawasan perumahan. Tambah2 kita pun paham, budak2 ramai giler. Pastu diorang ni unexpected tindakan diorang. Sebab bengong bengong lagi kan. haha sedap je aku cakap orang bengong.


Tapi betolla kan. budak2 ni camne pun parents gtaw diorang, camne pn korang buat iklan, tengok kiri, tengok kanan, tengok kiri balik dan lintas, diorang xde pn nak ikut. tambah2 kat kawasan perumahan ni. So, nak dijadikan cerita, masa tgh drive tu nampak la budak2 depan tu. Aku taw diorang da nampak aku datang tapi in case diorang nak buat gila, aku drive slow je la.


Gila tak gila, memang gila la budak tu. ak dah dekat je, boley dia pulak maen acah kita jalan berdiri depan kereta, siap sengih2. Haishh  maw je aku penampar budak tu. Masa tu aku pikir pe, kalau kena langgar kat situ, takde dah nak sengih2 main acah orang. Then in case kalau btol2 terlanggar (nauzubillah), yang kena nanti orang yang drive gak kan. Padahal yang mengada-ngada cari nahas tu budak tu. Parents plak mesti gila-gila turun naik mahkamah nak charge gak orang yang langgar tu.


So, peringatan awal. Sebelum benda-benda sedemikian terjadi, pastu korang buat sinetron plak menangis berlonggok-longgok tisu, padahal yang cari nahas tu anak korang. Please! Tolong! 请!제발! Ha dah semua bahasa kluar dah. Tolong, please educate anak korang supaya takde orang yang tak bersalah dipersalahkan dan takde la jadi pa pe kt anak korang tu. Ajar sket suruh reti bahasa. Kalau tak reti nak ajar, lain kali aku jumpa lagi budak camtu, aku berenti kereta, aku penampar puas-puas kang.


P.S: Sudah cukup sudeyyy....
 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates