Dah macam tajuk khutbah rupanya bila tgk balik. Secara ringkasnya je post ni nak pegi. Tadi ada terbaca sorang sahabat post gambar mengenai sejadah yg ada muka babi kononnya. Cerita lama yg di"revive". Mintak maaf, bukan niat nak menghentam sesiapa.
Bila kita menyebut isu ni, ingatkan diri kita kepada musuh kita yang paling nyata iaitu syaitan. Ingat, bahawa syaitan sentiasa menghembus bisikan yang mencipta was-was bagi kita manusia. Kalau anda tak namakan was-was, anda rasa ni disengajakan untuk dicipta? Sebab kelemahan dalam diri kita, kita melihat apa-apa saja bayangan yang ada dalam dunia ni, yang lama baik yang baru sebagai satu cubaan untuk meruntuhkan agama.
Tak salah sebagai peringatan tapi menyebar fitnah juga satu dosa, membawa cerita palsu juga satu dosa. Bagusla ada orang yang nak post tunjuk dan ingatkan kita bahawa Islam itu musuhnya di mana-mana. Nak saya bagikan contoh?
Satu masa dulu, ketika cerita pokemon sangat hot kat tv, keluar cerita ckp pokemon adalah dakyah untuk meruntuhkan umat Islam dengan nama-nama pokemon tu memberi maksud2 tertentu. Alangkah. Sekarang ada lebih daripada 600 pokemon. Hebatla diorang keluar nama sebanyak tu semuanya mengutuk pasal Islam. Padahal, lepas aku baca fatwa Dr Yusuf Al-Qardhawi, takde pulak beliau menyebut pasal nama-nama pokemon ni memberi maksud sedemikian. Hebatnya kita. Melebihi kehebatan seorang ulama yang disegani oleh semua.
Beberapa ketika sebelum ni, lagu psy gangnam style dikatakan cuba melakukan perkara yang sama, iaitu menyesatkan umat Islam. Kalaupun anda benci sgt dgn lagu-lagu dari korea, tak perlula kan nak kluarkan statement fitnah sedemikian rupa. Sebab tu, bila aku dengar je lagu korea, kalau aku minat, aku cek maksud dia dulu. Bukannya terus buat judgement. Tengok vid klip sket, puhh! kluar fatwa. Masalahnya, yang mengeluarkan fatwa tu bukannya ulama yang disegani ramai, dtg dari mana je kluar kat fb. Sapa-sapa yang dah dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus ataupun Ustaz Ashraf Imam Muda, insyaAllah dah clear dgn isu psy ni.
Soalannya sekarang. Apasal yang mengeluarkan cerita-cerita camni bukannya orang-orang yang kita kenal dan disegani seperti ustaz azhar idrus, ustaz kazim ke, imam muda ashraf ke. Kalau aku diberi pilihan untuk menjawab, aku akan cakap, sebab ni lahir daripada bisikan syaitan yang mencipta was-was dalam diri kita. Sebab kita tahu orang yang tinggi ilmunya dan orang yang kuat imannya takkan tuntas dalam bisikan syaitan, maka kita tak pernah dgr isu camni wujud daripada diorang. Tengok sejadah ada corak pelik sket, eh bentuk muka babi. Spender tiga segi tu tak cakap ke dakyah kafir untuk menyesatkan umat Islam? kan illuminati tu segi tiga. haishhh...
P.S: Astaghfirullahal'azim. Dekatkan diri dengan Allah, kuatkan iman, tinggikan ilmu untuk mengelakkan was-was syaitan. Cuba amalkan doa ni, insyaAllah: "Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna, daripada kemurkaanNya, seksaanNya, kejahatan hamba-hambaNya, bisikan-bisikan syaitan dan daripada kehadiran mereka semua. Amin..."
Sunday, October 7, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment