Friday, April 19, 2013

0 Ice Kacang Puppy Love

Wahh dah lama tak menulis kt blog ni rupanya. Dan kembali aku menulis dengan tajuk yang penuh persoalan? haha. Dalam keadaan Malaysia yg dibahangi perang politik masa sekarang, aku tinggalkn part politik tu kepada pihak lain sbb dah cukup ramai skrg. Biar aku sentuh bab laen.


Okay I admit I'm slow. Aku rasa aku tak lah begitu kritis dalam hal ehwal filem ni walaupun kalau aku komen penuh dgn pros and cons. Dah lama btolnya aku xkomen untuk cerita cerita ni sbb skrg pn aku dah xslalu sgt tgk citer n movie ni. Lepas brapa lama, mlm ni aku kembali tgk movie. And that movie is Ice Kacang Puppy Love.


Okay, citer ni dihasilkan tahun 2010. Sgt2 slow aku ni rupanya, tahun 2013 baru jumpa filem ni. Aku rasa kalau sapa yg dah tertengok citer ni kt 8tv dulu mgkn taw la, tp aku rasa banyak antara kita, especially Malay, highlight, especially Malay, mgkn xpenah taw n xpenah ambik taw pasal movie ni.


Sedikit background untuk citer ni. Filem ni filem berbahasa Mandarin. Yes filem bahasa mandarin, jd mmg sah2 la org melayu bt xtaw je kan. Tapi di sebalik "ignorant" kita untuk xtgk filem ni, filem ni didalangi, fuh ayat, ok, filem ni dihasilkan oleh artis-artis cina kelahiran Malaysia yang sekarang aktif kat tanah besar-> China, Taiwan, Hong Kong etc etc.


Ramai sebenarnya orang kita yang xtaw. Kalau sebut nama-nama artis cina ni pn, bukan diorang kenal sbb xpenah dgr kan. Tp dalam diam, diorang dah bawak nama Malaysia dan jadi artis yg sgt sukses kat sana. Percubaan filem dibikin oleh Ah Niu, artis kelahiran Pulau Pinang. Kalau xsilap aku, masa filem ni diterbitkan kt Malaysia, filem ni berentap dengan filem KL gengster. Disebabkn publisiti melampau untuk filem KL gengster tu, makanya, filem ni tenggelam.


Mungkin sbb masa tu aku kat uni kt kelantan, jadi aku xdpt tgk trailer ke apa kt tv. Tapi aku pasti, xdenye trailer filem ni. Kalau ada pun, luar waktu puncak. Tapi percaya ke tak, kalau korang search Ice Kacang Puppy Love, korang boleh tgk byk giler, i mean, memang byk giler website, terutamanya dari luar negara yg minat tgk citer ni dan appreciate citer ni tp sayangnya, orang kita sendiri xappreciate citer ni. Kalau korang compare dgn KL gengster, sampai mana sgt tahap filem tu.


Citer ni, xpasti samada pengalaman ah niu sendiri ataupn bukan, tp kisah ni berkisarkan tentang kehidupan zaman diorang dulu2 kt penang. Ada signifikan tajuk filem ni yang korang hanya akan faham bila korang akhiri movie ni, dan aku rasa kalau aku dah xbtol sket, aku akan tepuk tangan kot masa ending tu. hahaha.


Cerita ni, berbanding dgn kegilaan pengarah2 lain kat Malaysia ni, aku xnak mention, tp, yes, pengarah2 melayu kt Malaysia ni, cerita ni lebih patriotik dan lebih melambangkan Malaysia berbanding movie2 lain. Percayalah, kalau korang tgk filem ni, if, korang lahir sezaman dengan aku, cerita ni, sedikit sebanyak akan mengingatkan korang tentang masa lampau korang. Masa zaman kanak2 semua.



Aku sangat terkilan sebenarnya. Sbbnya kita ada artis2 kelahiran Malaysia yg aktif kt luar tp diorang xdapat recognition dari negara sendiri. Sorry, tapi sampai bila korang nk bawa papan tanda terpampang ayat "rasis" tu?


Aku ingat masa tahun 2008, MTV award kat genting. Siti nurhaliza kalah dengan Nicholas Teo. Fine, ramai orang xpenah dgr nama Nicholas Teo. Siapa dia yang sampai dinobatkan artis pilihan Malaysia dalam MTV award tu? Apa kelayakan dia sampai dpt menundukkan Siti?


Korang xkenal dia, tp xbererti korang ada hak untuk kutuk dia. At least learn who he is, listen to his music before you even criticize someone. Are you even better than him? Short intro: masa dia belajar kat taiwan, dia join pertandingan menyanyi antara semua universiti kt taiwan dan dia dpt tempat pertama dalm pertandingan tu. Pastu dia join Astro Talent Contest, final lawan dengan vince af tu, dan dia menang tempat pertama lagi. vince dpt nombor 2 dan jadilah vince tu masuk akademi fantasia dan sbb tu korang kenal vince tapi bukan nicholas teo.


So lets just say, why not give something a chance even if you dont know bout it. Movie ni membariskan artis2 Malaysia yg memang fames --> Ah Niu, Fish Leong, Gary Chaw, Victor Wong, Nicholas Teo, Angelica Lee, Yi Jet Qi.. etc etc, ramainya nk list. Sorry malas nak taip semua, tapi hampir semua artis cina Malaysia ada dalam filem tu jadi, kalau nk kenal diorang, cek je sini --> http://en.wikipedia.org/wiki/Ice_Kacang_Puppy_Love


I will create another topic for more info. Watch it if you wanna learn bout it. End here~

0 comments:

Post a Comment

 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates