Sunday, April 28, 2013

0 That Spring, The Wind Blows - To Taiwan

Hellozzzz. Orait, sekarang aku dah sihat daripada sakit korea bagai. Haha gilor apa. Sebenarnya bukan sakit pe pn, cuma layan citer dgn lagu2 ballad korea je. xde masalah pun. Lumrah manusia aku rasa (ke aku je), suka bermonolog. Jadi kadang2 bila bermonolog, dalam bahasa melayu, kadang-kadang dalam bahasa inggeris, kadang-kadang dalam bahasa mandarin.


Yang jadi problem dgn aku sekarang, sebab gilor byk mentelaah citer korea, kalau bermonolog dalam bahasa mandarin, jadi rojak dengan bahasa korea. Dah mula cam gila. Jadi aku pun telah berjaya meyakinkan diri aku. Aku cakap, "xpayah nak merajinkan diri belajar bahasa korea tu, xde pekdah nye. baik aku trus improve aku punya mandarin yg dah makin lingkup sbb tgk citer korea."


Jadi atas inisiatif bagi mengelakkan lingkupnya bahasa mandarin aku haha, aku telah berjaya men"delete" minat dgn citer korea. Terer tak? haha. Sbb exposure kat citer korea byk sgt menyebabkan aku laju je merojakkan mandarin + korea. jadi Mandarea? haha bunyi cam pandaria dah.


Jadi sekarang, segala urusan citer korea diberhentikan (download tak berenti, tgk je berenti. haha). Skrg aku tengok citer Taiwan demi nak mengasah balik bahasa mandarin aku. Dengar camne diorang cakap dan cuba tangkap.


Setakat daya mendengar mandarin aku masih lemah. Sangat kot. Dalam kelas dulu pun nak tangkap senang sebab diorang cakap slow, sekarang kalau dengar, laju giler diorang ckp. jadi ambik masa. kadang2 dah dgr, tgk subtitle baru paham, ow, menda ni aku paham. Dan kadang-kadang, aku cuba jugak tgk character chinese tu tapi sakit kepala aku la. hahaha.


Aku masih cuba improve dgn cuba cakap mandarin dgn member2 yg reti mandarin dan jugak dgn mendengar lagu mandarin dengan bangganya. haha. Last paragraph kita guna mandarin ye.


Xianzai shi er dian le. Wo yingai shuijiao. Mingtian you shangke. wu xiaoshi de shangke suo yi wo xu yao shuijiao. haode nimen, wan'an!


p.s: style x? haha. buat ayat pendek boleh la kan???

0 comments:

Post a Comment

 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates