Friday, March 2, 2012

0 A Return Post

Rasa cam dah berkurun sangat dah tak bukak blog ni. Hari ni, disebabkan kebosanan tahap cipan, maka aku bukak jugak blog ni. Rasanya dah boleh bukak untuk menulis semula lepas beberapa kurun tak menulis kat blog ni.


I

Mungkin tak ramai pun yang baca blog ni, aku pun sekadar tulis untuk kepuasan sendiri sebab setiap orang ada cara tersendiri nak capai kepuasan tu. Bagi aku penulisan bukan sekadar untuk menyampaikan maklumat, nak jawab exam semua, tapi bagi aku, penulisan adalah satu menda yang unik.



Sebabnya, kadang-kadang, ada benda yang kita tak mampu nak luahkan dengan perkataan, ada menda yang tak mampu kita nak ceritakan kat orang, ada menda yang kita tak mampu nak kongsi dengan semua orang. Tapi dengan pena, tak pun sekarang keyboard laptop ni dengan kertas ataupun tulis dalam laptop, menda ni dapat mengurangkan beban yang aku rasa.



Aku pernah jadi orang yang sangat ekspresif tapi tak tau apa yang mengubah aku untuk tak lagi lebih ekspresif. Tulisan tu jadi teman aku sekarang. Sebab kita tahu sukar sangat nak cari orang yang betol² kita mampu nak kongsi semua benda dengan diorang. Dan mungkin sejak tu la, kalau aku rasa marah, sedih, kecewa, terluka, tercalar, etc etc yang sama waktu dengannya, aku akan ambik kertas dengan pensil.



Aku akan tulis semua benda yang aku rasa atas tu. Tapi mungkin berbeza dengan cara orang lain kot. Sebab selalunya kalau aku terbeban dengan semua perasaan ni, semua bahasa kiasan aku keluar, jadi yang tertulis atas kertas tu selalunya sajak berkias. Tapi lepas tu, semua rasa lega. Rasa beban tu terlepas sikit.


II


Baru beberapa hari lepas rasanya berlaku benda yang sangat mengecewakan dan melukakan hati. Biarlah, malas nak cerita sebenarnya. Mungkin dah terlambat untuk aku tulis nak melegakan luka tu, tapi biar parut tu tinggal untuk mengingatkan aku pada masa hadapan.



Rasanya banyak sangat yang aku belajar walaupun baru seminggu kat kampus baru ni. Mungkin tak banyak dari segi akademik tapi sangat banyak dalam kehidupan. Sekarang aku hanya mampu tersenyum apabila teringat balik apa yang berlaku sepanjang minggu ni kat kampus baru ni.



Thank you for opening my eyes. I didn't notice that I was actually sleeping for this whole 4 years in university. I took almost everything for granted and now I have come to notice everything and realize almost everything. It hurts but yes, at least, I finally see what I need to see.


Let's end this post here. It gives no good to continue with all this thing anyway. Let by gone be by gone. I will definitely do something bout this. Definitely!


p.s: Agak teruk memulakan comeback post dengan post yang emo. ala ok la tu, dah update kan? :)

0 comments:

Post a Comment

 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates