Sunday, March 25, 2012

0 Facebook Update Seketika

Penat tak hilang lagi rupanya walaupun dah lepas program kat tasik pergau. Baru balik kelas je ni. Wajibnya kelmarin, lepas balik je dari tasik pergau, laju je aku bukak facebook. Cek cek, fuiyoo, snsd datang malaysia rupanya dua hari lepas. Untung la.


Note, aku bukannya peminat sangat dgn snsd tapi ok la diorang. Banyak lagi aku minat group laki korean daripada perempuan. Jangan pikir lain plak. Ni la masalah kita. Japgi minat group laki cakap *** plak kan. Bias aku dalam muzik cuma balada (and rock sket kot: Ft Island dgn Cn Blue).


Tup tup ari ni bukak facebook tengok photo share oleh hilal asyraf. Ada peminat snsd bantai balik bila artikel saudara hilal asyraf ckp pasal pakaian snsd. Bukan serang snsd secara total cuma mempersoalkan di mana letak duduk iman umat islam malaysia bila tiba kepada isu ni.


Aku tak nak point kan apa yang peminat snsd yg bukan muslim tu tulis. Cumanya sesetengah kita lost their judgement. Have you guys lost the sense of shame? Takde perasaan malu ke? Have you guys forgot malu is a part of iman?


Why? kenapa aku keluarkan kenyataan ni?


Aku tak nak print screen pastu post kat sini apa yang orang2 tulis kat situ, tapi secara randomnya, aku ckp, ramai yang tulis, "ooo dia ni peminat hardcore snsd, sebab tu la dia emo bila k-pop group dia kena jentik", pastu keluar lagi ayat sama, "diorang ni kalau dah fanatik tak ley jentik sket".


Mana perasaan malu korang bila non muslim timbulkan ayat berbunyi camni (ditukar ayat kpd bahasa melayu), "Ada artis malaysia kita yang buat persembahan sebelum snsd, dan pakai skirt yang lebih pendek dari skirt snsd".


Mana ukuran iman dan mana ukuran ilmu korang bila keluar ayat camni? Kalau aku kena ayat ni, aku akan diam dan rasa sangat malu. Tapi korang masih mampu nak cakap diorang fanatik fan ke apa. Itu hak dia, dia nak fanatik ke apa, nak defend snsd ke apa. Tapi hakikatnya, dia cakap, kita sebut pasal aurat, tuju kat snsd yang mungkin tak tahu pun apa menda tu. What's the point gentleman?


Pointnya, jangan nak start bantai artis luar, bila artis kita sendiri pun buat macam tu malah lagi teruk. Betulkan yang dalam, pastu kita perbetulkan yang luar. Kalau nak mula ban artis sebab pakaian, mulakan dengan ban artis-artis kita yang berpakaian seksi.


Bagi aku? Kalau keluar isu camni, setakat nak tulis kat wall tu cakap, "oh peminat kpop ni", "diorang ni memang tak ley kena jentik sket", simpan je la ayat tu dalam kepala. Itu menunjukkan betapa ignorant-nya kita terhadap apa yang orang bukan islam tujukan kepada kita. Seakan-akan tiada rasa malu dan tidak mengambil endah terhadap apa yang cuba dia nyatakan.



Sebagai insan, aku bersyukur aku berpeluang melawat negara-negara barat. Jujur cakap, aku ulang sekali lagi, jujur cakap, apa yang kita canangkan terhadap budaya kuning barat menular sebagai duri dalam daging kita, ibarat api dalam sekam, semuanya hanyalah alasan kita semata-mata untuk menutup kesilapan kita sendiri.


Kenapa? Sebab sepanjang aku berada kat sana, aku tak pernah tengok pakaian diorang pakai lebih teruk daripada pakaian yang masyarakat kita pakai. Kalau pakai skirt pun, kalaupun tak menutup aurat, xdenye se-pendek apa yang pernah masyarakat kita pakai. Sebab tu betapa jeliknya aku kalau aku masuk kl. Tu jugak salah satu sebab aku sangat benci masuk kl.



Apa yang boleh cakap, budaya kuning kita, yang kononnya mengikut barat adalah rekaan kita sendiri. Kita tengok cerita kat tv, yang teruk-teruk, pastu kita cakap kita ikut trend barat. Cuma boleh secara ringkasnya aku cakap, masyarakat barat, ada displin berpakaian. Kalau yang pakai seksi tu dedah bapak banyak, tu bukannya displin berpakaian untuk pergi jalan-jalan shopping kat jalan-jalan kat bandar semua.



Kalau nak komen, biarlah ada sesuatu yang menyedarkan. Dia non muslim, dia tak baca secara penuh tulisan saudara hilal, itu mungkin kesilapan kecil. Tapi silap kita besar kalau tak ambil peduli apa yang dia cakap. Kalau takde apa nak reply, daripada reply cakap dia fanatik ke apa, lebih baik kita diam dan muhasabah.


Bukankah diam itu lebih indah? dan cuba hayati lirik lagu maher zain Awaken, ayat kat situ berbunyi:


Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves


P.s: dah zohor, jom solat, konklusinya, muhasabah diri, tingkatkan motivasi, jangan cepat melatah, jangan komen tanpa ilmu, dan komen biar berhikmah.

0 comments:

Post a Comment

 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates