Cadang tadi nak bukak selak-selak sikit buku The Genera of Araceae untuk aku punya projek tahun akhir. Proposal dah kena hantar khamis ni. Pastu rasa cam berat sangat hari ni nak selak buku yang teramat tebal dengan tulisan yang font dia aku tak tahu la berapa.
Pastu aku bukak buku mandarin nak buat latihan. Selak, buat latihan padankan (macam darjah satu plak). Pastu tengok penjodoh bilangan dah tak paham dah, tutup dan bukak facebook (yeah!).
Tengah cek2, terjumpa ada kawan lama post lagu yang pada masa yang sama menggamit tangan aku untuk menekan. Istikharah Cinta tajuk dia. Nyanyian kumpulan Sigma. Mungkin pada masa yang sama, aku rasa dah tiba masa untuk aku berserah jiwa raga rindu dan cinta aku untuk Allah tunjukkan pada aku jalan cinta yang telah Dia tetapkan untuk aku. Kalau selama ni, mungkin terpesong ke lorong-lorong kerdil dan mungkin juga merona untuk ke lurah dalam, mungkin dah tiba untuk serahkan kepada Allah untuk bukak hijab tu untuk aku tahu siapa sebenarnya yang Dia tetapkan.
Aku mengaku tu sebab utama aku tekan link tu dan nak dengar lagu tu. Hasilnya?
Aku masih lagi mendengar lagu ni sejak aku tekan link tu beberapa jam tadi. Sangat damai, tenang dan sedap didengar. Rasa terbuai seketika dengar lagu ni.
Semoga Allah temukan aku dengan seorang gadis yang solehah.
Demi sesungguhnya, aku tak layak mengimpikan kesetiaan seorang insan seperti setianya Hajar, kerana peribadi aku tidak setanding Nabi Ibrahim,
Aku tak mampu mengimpikan ketaatan seorang insan seperti taatnya Zulaikha, kerana diriku tidak setanding Nabi Yusuf, baik dari segi rupa, apatah lagi hati.
Aku tak mampu mengimpikan kesabaran seorang insan seperti sabarnya Sumayyah kerana keutuhan hati aku tidak setanding Yasir
Apatah lagi tak mampu aku mengimpikan pengorbanan besar, kasih dan sayang seorang insan seperti pengorbanan, kasih dan sayang Khadijah terhadap Nabi Muhammad S.A.W.
Kerana sesungguhnya aku hanya insan biasa yang dikurniakan nikmat iman yang masih lagi belum utuh dalam membenteng diri aku daripada kemaksiatan...
Allah, teguhkan imanku dalam agamaMu... amin...
0 comments:
Post a Comment