Saturday, October 22, 2011

0 Fighting!

Oh #$#%%^@!!


Apa kena dengan aku neh? Dah kena demam korea plak tetiba kan???


Oklah, aku mengaku la, lepas beberapa lama dengar orang menggila dengan menda2 dari korea ni kan, mula dari Winter Sonata, pastu pegi kat super junior tah pa pe la, sampai kepada gila keluar nama-nama korea dengan cerita fullhouse dengar dia cakap bapak pelik, aku punya resistant kat menda dari korea ni dah hancur. huahuahua.


Dah beberapa minggu kot sejak member aku dok cakap kat aku ada cerita best untuk ditonton, dia pun cakap Running Man tu best. Aku pun dah bosan tambah2 nak tunggu fairy tail setiap minggu lambat, test tengok satu episod. Mana tau, tu permulaan gelak pecah perut yang menggemparkan satu dorm aku. haha.


Masa mula-mula tengok Running Man tu takde pun terpikir nak cari lagu atau nak mula minat pasal korea ni dengan lebih "over". wahaha. Pastu ada satu episod tu, kim jong kook nyanyi lagu kat depan Seoul Tower. Aku pun, eh sedap gak lagu dia. Pastu episod-episod seterusnya, keluar lagi lagu2 korea lain yang kim jong kook nyanyi (dia memang penyanyi pun) tambah dengan artis lain yang datang nyanyi (I'm a Loner CN Blue pun layan gak, 1 lagu je ye dari CN Blue).


Pastu dah tengok banyak2, jadi tak btol dah setting dengan cerita-cerita korea ni. Tapi point di sini, bukan drama ye aku minat, cuma variety show. Sampaila hari ni, dah terlalu terer dah aku sebut nama-nama korea neh. hahaha.


Dan secara statistiknya, seperti roket naik dengan lajunya ke langit, begitu jugakla lagu korea tetiba terisi dalam laptop aku. haha. Sekarang tengah dengar lagu kim jong kook. Jujur cakap, menarik sebenarnya tengok ada orang cam dia. Bak kata komen dalam youtube, spartan body with angel's voice. Lawak gak ar baca tapi tu hakikatnya. Aku pun tak percaya dia punya suara bley jadi camtu. Ingat bunyi cam falsetto Marc Anthony ke, tapi rupanya sangat merdu. huahua. sebagai pengkritik yang "reliable" (perasan giler aku haha), unik la dia neh.



Sekarang baru episod ke---19 running man. Aiseh panjang lagi kena tengok dan kena cari. tapi episod setakat semuanya best. dan sekarang setiap hari layan lagu korea la plak kan. sekarang tengah layan satu lagu yang sangat best. aku rasa lagu anuar zain Lelaki Ini tiru lagu ni. Booo baik aku dengar lagu ni, dah la sangat sedap dan lirik sangat bermakna.


Tengah cuba men"terer"kan diri dengan lagu ni. Mungkin satu hari nanti boleh nyanyi untuk "special someone". Lagu seindah ni... erm xley dibazirkan untuk orang saja2. hahaha.


okla, nak siapkan sikit lagi assignment. Fighting!

0 comments:

Post a Comment

 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates