Monday, July 26, 2010

0 Senandung Malam

Ok nak kata malam, takde la malam sangat. Dah pagi dah pun. Pukul 1.34 pagi dah ni. Tapi blog ni seakan menuntut untuk aku menulis post malam ni. (ataupun pagi or whatever). Aku cuba mengerti apa yang berlaku di sekeliling aku tapi aku xdapat nak menerka apa sebenarnya yang masih tersirat.


Banyak benda yang berlaku dalam masa terdekat. Yang jauh macam kembali dekat, yang dekat menjauh, yang dah sedia jauh, semakin jauh lagi dan tak kurang yang sememangnya dekat dah semakin dekat.


Masing-masing macam diuji dengan ujian yang kadang-kadang kita sendiri tak dapat nak jangka. Dan setiap orang bereaksi terhadap ujian tu dengan bermacam cara. Ada yang pasrah dengan ujian, tak kurang yang cuba lari, ada mengambil jalan mudah dan ada cuba mendapatkan rawatan sementara.


Ada yang terluka, ada yang dilukai, ada yang melukai tanpa mereka sedari dan dalam kesedaran diri sendiri. Ada yang mintak dihargai sebagai diri sendiri dan tidak kurang yang hanya mahu untuk dihormati sebagai siapa diri mereka.


Luka, terluka, kecewa, merana, sengsara, masalah dan segala yang memberati setiap tindakan akan punya jalan keluarnya. Cuma kita kena memilih jalannya.


Aku? Aku tak tahu arah mana aku kini. Aku bukan nak meratapi nasib bukan juga nak orang menjauhkan diri daripada aku. Cuma aku cuma nak orang sedar aku bukan tong sampah, ataupun kain buruk, ataupun apa saja yang serba guna masa bermasalah.


Beberapa bulan lepas, aku terima sms, cakapnya orang tu, "aku tgh bersedih ni, sebab tu msg ko, nk berkongsi dengan ko". Selamba aku jawab dengan nada sedikit berjenaka, "ai, masa senang tak cari aku, masa susahlah, ko datang cari aku." Tapi sedikit sebanyak sebenarnya aku dah terasa kat situ. Maklumlah, sepanjang sem, melekat dengan orang lain, happy dengan orang lain. Tetiba sakit cari aku. Bukannye aku kejam dan zalim sangat, tapi kalau ada sekelumit rasa dan sedikit pemikiran tentang hati dan perasaan tu dibawa, bolehlah kot sedar dan fikir, pe orang rasa kalau ko cakap camtu kan.


Ok? aku tak keji. Dan aku tulis ni bukan nak mintak kesian, bukan nak mintak perhatian. Korang ada hidup, hidupla dengan cara korang. kalau korang rasa ada orang boleh dibuat camtu dan selesa dibuat camtu, silakan, teruskan. Tapi bukan dengan aku, ok?


p.s: pergh aku benci tulis post yang bermasalah dan penuh emosi ni. Okeh, aku tengah penat dan mengantuk, cmni ar jadinya kot.

0 comments:

Post a Comment

 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates