Hari ni semuanya nampak sempurna tapi takde yang sempurna seperti Pencipta itu sendiri. Hidup pagi ni menerjah jendela aku sejak 6.40 pagi tadi lagi. Bezanya cuma kerana terlalu mengantuk, aku menyambung tidur sehingga pukul 9 kemudiannya bangun dan bersiap untuk pergi ke makmal untuk mengambil keputusan untuk mengkaji kelembapan tanah yang dijalankan kelmarin.
Hari tanpa kelas memang hari yang cukup indah. Cumanya hari ini sedikit berbeza dan sedikit rumit berbanding hari-hari lain aku mengambil keputusan makmal kerananya ada mesyuarat kelas. Aku tak mahu komen langsung mengenai perkara ini. Cuma hari ni agak mengejutkan apabila diceritakan pemergian salah seorang pelajar fakulti aku. Kembali menghadap Penciptanya.
Bila difikirkan semula, kita berasa amat takut kerana ajal, malang dan sebagainya turun tanpa kita sangka-sangka. Bahkan kita merasakan tidak selamat untuk menjalani kehidupan sehari-harian. Jujur aku cakap, aku pernah begitu takut dengan datangnya kematian sehinggakan ada satu ketika sewaktu kecil dahulu, membuatkan aku kurang berkeinginan untuk menjejakkan kaki ke masjid untuk solat jumaat. Sebabnya, untuk ke masjid perlu melintas jalan. Itu zaman jahil. Sekarang, kita sedar risiko namun kita masih lagi takut sebenarnya dengan kehadiran perkara sedemikian.
Hari ini aku jalani seperti biasa. Mencoret sedikit sebanyak blog dan menghabiskan sepetang rasanya untuk mendapatkan hasil blog seperti yang dilihat sekarang. Blog ini menuntut untuk kembali diisi dan kembali dihidupkan.
Satu jam masa tinggal dan aku perlu buat sedikit pembacaan untuk kelas esok pagi. Jadi aku undur diri dahulu.
p.s: hidup tidak selalunya indah, langit tak selalu cerah...
0 comments:
Post a Comment