Tapi semudah mana perubahan tu?
Kadang-kadang bila kita buat sesuatu, orang akan cakap, berubahlah, cuba ubah sikap, cuba jadi macam ..., cuba ..., cube itu, cube ini...
If.. If only changing is as easy as throwing the word "change". Malangnya, tak semudah yang disangka.
Sama macam kes ramai orang yang menghukum bila tengok orang lain buat salah dalam berita. Nasihat yang akan dilontarkan orang sekeliling, ayat mudah yang berbunyi berubahlah. Setakat lontaran perkataan berubah tanpa ada orang sekeliling nak bantu, macam mana dia nak bawak diri dia untuk berubah?
If only changing is as easy as saying the word "change".
Setiap orang ada menda dalam hidup dia yang dia sembunyikan. Aku tak fikir ada yang terkecuali. Termasuk aku. Kadang-kadang bila aku baca kisah yang berkaitan, dan bila aku baca ayat suruh berubah, aku akan tanam dalam diri untuk berubah.
Tapi bila sampai satu ketika, saat yang terasa sangat susah keadaannya, akan keluar dalam minda aku, semua orang cakap berubah, berubah berubah, ingat senang ke? orang boleh cakap berubah sebab bukan diorang yang alami apa yang kita alami. Jadi alangkah mudahnya diorang suruh orang berubah.
Cuba kalau diorang ambik masa untuk duduk kat tempat kita ataupun cuba empati dengan apa yang kita rasa. Mungkin baru akan rasa apa yang kita sebenarnya rasa.
P.s: selsema sudah...
0 comments:
Post a Comment