Monday, November 21, 2011

0 December

Ok, December is coming soon.


Tapi post ni tak nak cakap pasal bulan December. Nak cakap pasal kumpulan duo December. Haha. Ok. Jangan salahkan aku. Memang agak gila sebenarnya kalau pikir2 semula. Aku, secara naturalnya, tak penah nak minat cerita dan lagu korea, tapi sekarang, setiap hari lagu dan cerita korea.


Asalnya, masa sekolah menengah, waktu aku mula dulu, memang aku minat nasyid je. Nasyid je memanjang. Pastu masuk matriks, roommate aku berjaya bukak sikit minda aku kot. Bukannya salah nak dengar atau nak layan lagu lain. Suara tu satu keindahan ciptaan Allah untuk kita hargai pada masa yang sama mengagumi kehebatan Dia yang mencipta keindahan sedemikian rupa.


Berbalik kepada December. Aku ni bukannya tahu sangat pasal kpop band ni. Cuma baru berjinak-jinak nak kenal sket. Dah mula kenal banyak gak sejak tengok running man dengan family outing. Group macam big bang, 2pm, snsd, girls generation yang kiut kiut (haha) dan December yang paling baru aku kenal. Bila aku cek balik pasal kumpulan duo dari korea ni, rupa-rupanya diorang ni tak popular berbanding kumpulan-kumpulan lain.


Nak dijadikan cerita, masa tengok running man episod 42 kot, dekat-dekat bahagian akhir tu, korus sebuah lagu menyentap aku untuk kaget seketika. Dengan serta merta, ayat Wow, bestnya lagu neh. TQ bebanyak kepada subber running man 42 tu sebab letak background music yang diorang gune. Dengan pantasnya, aku bukak tenet dan cari dan sangat menyukai lagu tu teramat.


Kalau korang dengar kumpulan duo ni nyanyi, suara diorang adalah suara yang layak jadi penyanyi yang hebat. Kiranya, kalau bagi aku, kawalan vokal diorang memang mantap. Kiranya, walaupun diorang baru debut tahun 2009, tapi diorang boleh shoot up dengan vokal macam tu. Malang sebenarnya, kumpulan-kumpulan yang hebat macam ni tenggelam sebab kpop idol yang laen.


Masa aku tengok video-video diorang kat youtube, aku perasan ada komen cakap, 5 tahun diorang berlatih vokal. Oh wow. Ini bukan dari rancangan realiti macam akademi fantasia yang maen cekup je memana yang diorang nak. ni daripada 5 tahun hasil latihan vokal.


Kat Malaysia pun kita ada sifu yang mantap vokalnya. Aku boleh namakan penyanyinya, tapi penyanyi tu dah mengundurkan diri dari dunia seni vokal Malaysia, sebab ada isu dulu. Kelantangan suara dia mengkritik sesuatu yang benar menyebabkan stesen radio tak lagi memutarkan lagu dia dan anak didik dia. Akhirnya, dua-dua dah tak muncul dengan lagu dan album baru. Seorang komposer yang sangat hebat dan juga penyanyi yang ada vokal yang sangat mantap. satu kehilangan besar, tapi tu la pasal, benda benar ni memang banyak orang tak dapat terima.


Berbalik kepada duo December ni. Aku pun tak pasti sebab apa diorang punya group nama December. Tapi yang penting, December adalah bulan yang istimewa untuk aku. 1 point untuk aku meminati kumpulan December. Kedua vokal. Ketiga lagu. Keempat lirik. Aku tak boley letak lirik atas sebab aku xpaham maksud dia. Jadi lirik keempat sebab lepas aku suka lagu dia, aku akan cari lirik dengan maksud dalam bahasa inggeris.


Walaupun December tak popular sangat kat Malaysia (ye kot), ada aku kesah? Korang nak minat idol korean lain? minatla. Aku ada taste aku sendiri untuk lagu. Lagu yang hebat dengan lirik yang mantap serta penyanyi yang epik bagaikan satu cabaran untuk aku sebenarnya. Terfikir macam mana komposer dia boleh cipta lagu yang hebat camtu. Dah berkurun aku menulis lirik dan mencipta lagu (underground untuk diri sendiri). Jujurnye, takde satu pun yang dah siap. Aku ada rakam beberapa lagu, bahagian intro. Berkurun aku buat, berkurun jugakla tak ley masuk korus. Tak tahu sentuhan macam mana nak masuk bahagian korus tu.


Pa pe pun, December dah menarik perhatian aku. Dah mula cari lagu-lagu diorang. Malangnye, semua lagu diorang sedap. Hahaha. Atau sebenarnya, vokal diorang yang mantap yang dapat bawak lagu tu dengan sangat hebat. Kalau ada antara korang yang mungkin tak tahu mana lagu December nyanyi, mungkin peminat cerita korea, tengok cerita, tapi tak perasan lagu December. Salah satu lagu diorang, ada jadi OST cerita IRIS. Sapa-sapa yang dah tengok, mesti tak terlepas lagu neh (aku agakla, sebab aku belom tengok Iris. haha. Ada cuma belom tengok).


p.s: Dengar lagu December lagi sebelum tidow. Tak nak dengar lagu baru diorang banyak-banyak sangat, nanti boring plak. Sekarang dengar OST Iris. Chiow!

0 comments:

Post a Comment

 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates