Sunday, January 2, 2011

0 Tahun Baru ~ Azam Baru ~

Ok aku baru perasan last aku post kat blog ni adalah pada 27 disember yang lepas, menjadikan keseluruhan post aku untuk tahun 2010 adalah sebanyak 168 post yang siap publish, walaupun ada beberapa yang aku tak sempat nak masukkan.


So, happy belated new year walaupun aku xpenah dengar orang ucap camtu kat aku. Haha. Pa pe pun tahun baru ni, bermula era baru dalam dunia pengajian aku iaitu latihan industri. Ok, ini sangat menakutkan. Takde la cam cuak untuk latihan industri cuma cuak nak tido mana. Haha. Erm masjid tepi tu boleh tak?


Ok so start aku sampai kb pada 31 disember, saja datang awal, sebab aku bawak abg aku yang balik cuti dari london sekali. So saja bagi rasa angin kelantan. XD Jadi disebabkan bola sepak malaysia menang (tahniah!), kelantan amik ahad sebagai hari cuti.


Aku dah mula gelabah. Ikut plan, hari ahad aku gi daftar pastu duduk satu malam kat hotel mana-mana dengan member2. Pastu bincang punya bincang dan aku sms pengarah perhilitan kelantan, dia confirmkan ahad ni cuti, jadi aku lagi gelabah. Jadi maknanya, esok aku kena gi daftar kat perhilitan untuk sesi suai kenal dan akan dibawa ke gua musang hari selasa. Oh shit!


Sebab start l.i tu hari isnin, makanya plan nak sewa hotel ni dengan member tak menjadi sebab sorang ada keje kat uni dan sorang lagi takkan nk dtg awal bazir duit padahal rumah kat kelantan gak. Jadi untuk kemudahan, haha aku di"sponsor" untuk duduk kat sutera inn sorang2 untuk hari ni untuk memudahkan pergerakan aku pegi wisma persekutuan esok pagi (bukak tingkap nampak wisma persekutuan, lintas jalan dah sampai). Tapi untuk satu malam je. Esok aku dah mula menggelabah. Esok kena halau keluar dari hotel. Sedeynye. huhu. Nak merempat mana?


Aku dah mintak sorang member untuk sewa satu bilik kat uni. Harapnya ko buat k, kalau tak, memang aku benar-benar merempat. Tak pun kena kuar lagi 100 sambung lagi satu hari kat sini. Haha. Haha tak yah bazir duit kai oi. Satu malam sudah. Esok kita apply la bilik kat uni tu. Harap2nya boleh dapat, so ari selasa senang kitorang gerak sekali.


buat masa sekarang, jadi lone ranger kat hotel ni sensorang walaupun ada laptop dan broadband tapi kalau kita memang sensorang, tetap rasa sunyi gak, camne pun kita maen game. Family aku dah bertolak balik kampung. Wawawawa nak balik gak.


Takpe, all the best untuk diri sendiri. Malam ni tido awal sket la kot, duduk dalam aircond ni kalau tak sedar memang mangkuk la.

K la dah maghrib, chiow!

0 comments:

Post a Comment

 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates