Kadang-kadang bila kita terlalu agungkan dunia sehingga kita melupakan yang lebih berkuasa, yang kewujudannya nyata, yang segala yang diciptanya nyata, yang hidup itu nyata, yang mati itu nyata, yang segala yang tercatat itu nyata, Dia hanya perlu menjentik kita dengan sedikit ujian dunia, sedikit daripada banyak, sedikit daripada azabnya yang lebih besar untuk menyedarkan kita.
Kita lupa Dia rindu akan setiap rintihan kita, akan setiap ratib kita, justeru tatkala kita terleka dengan dunia, Dia sedarkan kita bahawa kelekaan ini bukanlah kelekaan yang abadi.
Al Fatihah buat arwah datuk aku yang telah kembali ke rahmatullah jumaat lalu. Semoga rohnya tenang dan abadi di sisi Allah, pemilik segala hati dan jiwa, pelindung yang sebenar-benarnya... amin...
0 comments:
Post a Comment