Thursday, May 6, 2010

0 The Lost Ancient City - Treasure Hunter

Ok, jadi baru semalam aku dapat tengok filem The Treasure Hunter. Filem ni filem mandarin yang daripada tahun lepas lagi dah kuar. Aku tengok trailer dia dan dapat merasakan aura yang hebat daripada filem ni. Ye la kan, kalau cerita pasal artifak, harta karun semua ni, kita tengok selalunya dalam filem barat je. So ni first time dihasilkan oleh orang asia, chinese lagi kan, so aku expect kung fu tak berkesudahan.


Permulaan cerita yang agak slow menceritakan mengenai "eagle of the desert" memang menarik minat. Penceritaan membawa penonton untuk membezakan antara dua dunia yang wujud, satu di kota dan satu di padang pasir yang masih mengekalkan konsep cina lama. Satu konsep cerita yang menarik.


Apabila filem ni menceritakan pasal "the sandstorm legion", aku dapat tengok sesuatu yang menarik. Tapi setakat tu je.


Secara keseluruhan, plot cerita tidak diolah dengan baik, menimbulkan unsur yang sangat membosankan sepanjang perjalanan cerita. Ni merupakan filem pertama aku tengok, berunsurkan treasure hunting tapi takde watak antagonis yang masuk dan cuba dapatkan treasure tu.


Honestly, it's really lame to think bout it. Pada permulaan cerita QiaoFei cuba menyelamatkan anak master Tu (ye kot malas nak ingat nama sebab boring). Pastu QiaoFei bawak berita yang Master Tu dah mati dibunuh sebab ada orang nak peta ancient city yang ada treasure tu. Pembunuhan tu dilakukan dengan tak menarik langsung. Dan lawaknya, pembunuh master Tu tak pernah muncul dan tak pernah pulak nak kejar untuk dapatkan peta tu semula. Pembunuhan tu macam satu lawak yang dibuat-buat. Ke bapak dia muncul balik? pastu ketawa hahaha korang kena tipu! pa pe la, yang penting memang cam bongok gak arr sebab dia sampai ke kota lama tu dengan mudahnya.


Dan watak QiaoFei agak membosankan sebab pengarah filem buatkan dia terlalu hebat berkungfu sampai tak leh nak kalahkan. Mana aci kan? Ni membuatkan cerita tu jadi bosan, panjang tapi sangat bosan. Aku dapat tau cerita ni ditulis oleh 5 orang penulis skrip. Ok, so banyak sangat kepala pun tak ley pakai rupanya. Baik sorang je tulis.


Watak Eagle dalam cerita ni jugak cam xde peranan. Muncul masa mula pastu muncul untuk serang QiaoFei dan bawak awek balik. Ceh. Kung Fu terer untuk tu je ke? Tapi serius, kalau tanya aku dari segi kesesuaian watak, mungkin jay chou ok la untuk watak QiaoFei, tapi kalau tanya dari segi rupa, aku rasa, Baron Chen lagi smart untuk pegang watak QiaoFei. (Baron Chen pegang watak Eagle).


Aku expect Eagle tu sebab nama dia Eagle of the DEsert, nanti bila ada orang ceroboh kota lama tu, dan QiaoFei kalah (bagi la dia kalah, tak kalah langsung, apa kes), dia datang untuk protect kota tu. Bantu QiaoFei. Watak yang sangat lame. Lawan2 sket, pastu tertikam awek dia, terus balik. Dan sandstorm legion tu, at least kan, bila diorang dah masuk, serang la balik. =.= cam tak de pa pe je orang ceroboh.


Camni arr. Kalau aku yang tulis cerita tu, aku akan buat cerita tu camni. Ok fine bapak dia kena bunuh, now time for the killer to be revealed. At least, muncul kejar QiaoFei untuk dapatkan peta tu semula. Lawan suma bla bla. Pastu ikut jalan cerita dia. Lepas dapat map daripada Kampung Pengembara, orang jahat tu ikut lagi track diorang. unfortunately, sandstorm legion muncul. So orang jahat tu serang dan bunuh semua sandstorm legion. Tak kesahlah guna nuklear ke, peluru berpandu ke, mercun naga ke, yang penting diorang mati.


Dia masuk. Ok of course QiaoFei kena lepasi jugak sandstorm legion. So dia lawan la jugak tapi tak dapat bunuh diorang. Dia terlepas masuk dalam kota lama tu, kena lawan patung bergerak ke. Pastu orang jahat tu dapat masuk gak dan hancurkan semua tu. Sampai kat bilik last, tinggal QiaoFei, pompuan tu, master hua, dengan laki sorang lagi. Tapi orang jahat tu ramai lagi. So diorang diserang oleh orang jahat tu.


Lawan punya lawan, sehebat-hebat QiaoFei mana bley lawan ramai-ramai, so dia kalah. Masa orang jahat tu nak buka treasure tu, Eagle pun datangla dengan Dao Dao. Tak kisahla dramatik ke tak, kuar bom meletup-letup ke tak, tapi dia dapat tendang orang jahat tu ke belakang untuk protect harta karun tu. Pastu dia cakap tugas dia protect ni bla bla n nak tolong QiaoFei. So QiaoFei berganding bahu dengan Eagle, maka ramai-ramai orang jahat tu pun kalah.


Tinggal ketua orang jahat dengan dia punya general tertinggi, so diorang lawan, QiaoFei dengan ketua, Eagle dengan sorang lagi dan Dao Dao dengan sekor lagi. Pastu buatla Eagle tertikam ke apa ke. Sebab dia dengan QiaoFei kawan baik, jadi QiaoFei jadi geram dan lawan. Well lebih banyak aksi kung fu yang menarik daripada cerita camtu je kan?


Pastu dia kalahkan diorang semua dan dia cuba claim treasure tu. Tapi muncul pahlawan hantu yang kata protect kota lama tu dan lawan dia, dia kalah. So bla bla dia cakap dengan diorang. Pastu sambung la sesuka hati.


Kan menjadi? sapa lagi power? heh XD

0 comments:

Post a Comment

 

:: Bila Angin Berbicara :: Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates