Ok ni bukan nak tuju kat sesapa nak puji orang cantik ke apa, kang ada plak yang perasan. haha. Ni nak tulis pasal drama yang baru lepas abes neh.
Tak sangka sepanjang sejarah aku tengok drama, ni drama pertama buat aku sakit jiwa tengok. Geram segala-gala pun ada.
Jadi secara ringkasnya sinopsis cter neh, pasal satu idol group korea yang fames. Kebetulan masa tu diorang punya ketua group dgn vokalis utama ada masalah vocal cord, jadi manager diorang nak bawa masuk vokalis baru. vokalis baru tu plak ada masalah dengan surgery pe smua. dan kebetulannya, dia ada kembar, tapi pompuan.
jadi manager diorang pegi cari kembar laki ni. pompuan ni setuju nak tolong kembar dia, jadi dia masuk kumpulan tu sebagai laki. sembunyikan identiti dia sampai abg dia balik untuk join group tu balik.
jadi dia truskan kehidupan dia sbg abg dia dalam group tu. bla bla tak nak cter sgt sbb nnti aku cter, smua benda kluar, complete dah satu cter tu. haha.
(SPOILER ALERT MULA DARI SINI -- SAPA BELUM TENGOK, BACA AT UR OWN RISK) HEHE.
Sebagai orang yang tengok cter ni, aku rasa aku bley keluarkan beberapa flaw dalam cter ni.
1. kata tae kyung tu ada masalah vokal, pastu ttiba xde pe yg jadi, xde perkembangan, sama ada dah pulih atau pun tak.
2. gantila orang lain untuk ambik watak go mi nam tu. sebut dia tu ada karisma, gentle macam shin woo, pastu lawak macam jeremy tapi xde perkembangan dalam part tu.
3. watak go mi nam yang sebenar macam kaku, masa org cakap pasal adik dia, dia buat bodo je. aik? camtu plak? bagila dia berkembang sket. setakat makan ais krim je buat pe.
banyak lagi la, malas nak point smua. pastu aku rasa, cter camni sepatutnya dibuat season 2. Dan aku percaya ramai lagi peminat-peminat luar sana yang sakit hati dengan jalan cter dia? peminat CN Blue tak sakit ati ke? FT Island?
Paling besar efek kat peminat cn blue kot sbb watak shin woo yang yonghwa bawak tu. bagi aku la, mmg sakit ati la. kalau yang laki, kalau tak minat cn blue, cuba letakkan diri anda kat tmpat shin woo.
bayangkan, kalau korang dalam group tu, korang orang pertama yang taw dia tu pmpuan. tp ko simpan rahsia tu untuk protect dia. dia xpenah tahu pn. dalam diam korang protect dia. tapi dia tak taw korang protect dia, dia tak taw korang dah taw rahsia dia. bila korang bersama dia korang bg hint, tp dia xpenah paham, pastu, dia minat dgn kawan korang.
bagi aku watak dia paling kesian. sebab smua affection yang dia tunjuk kat pmpuan tu, menda yang dia xpenah buat pn. compare la 3 watak tu dlm cter tu. shin woo jaga dia, comfort dia, cter pasal rahsia smua, jeremy plak bg dia happy, cter pasal rahsia hidup jugak, tp tae kyung tak buat apa pn, tp dia minat tae kyung berbanding yang lain.
Sangat tak adil aku rasa bagi diorang. tambah2 shin woo. Tapi mungkin apa yang berlaku kt sini, mungkin silap shin woo jugak. sebab dia tak taw shin woo tahu rahsia dia, jadi dia xboleh nak express diri dia dan tunjuk yang dia tu pmpuan depan shin woo tp dpan tae kyung dia bebas ekspresi diri camne pn sbb tae kyung secara terang bgtau dia yg dia taw yang mi nyu tu sebenarnya pmpuan.
Tak nak cter lebey2 tapi aku suka ayat yang ... guna (anonymous, nnti spoiler cter kalau ada yang blom tengok). Dia cakap, "Only someone that hold onto the very end can say that they let that person go. .... that was me holding on to the bitter end and finally letting her go. Because I went as far as I could, I was able to let her go".
Bagi aku, kalau aku jadi director, aku xnak bagi dia dapat kat sapa-sapa. pastu kita bina la plot baru untuk season 2. ha, kan bijak. pe la director ni. haha.
P.S: alright settle review untuk you're beautiful. Pasni... erm The Moon That Embraces The Sun? xtaw lagi, tengok la dulu.